Hari Ahad lepas (8/5/2022) baru je hantar Kyra pulang ke asramanya tup-tup hari Rabu warden hantar message dekat group asrama kata hujung minggu anak boleh pulang bermalam.  Hahahhaha..mujur rumah dekat sejengkal.  Kalau parents yang jauh tu penat redah jam tak settle lagi dah kena jemput pulak ye.

Hari Khamis, Kyra call 

Kyra:  Ammi, did cikgu inform you anything about balik bermalam?

Ammi:  No

Kyra:  Ammi tau tak...Friday ni akak boleh balik bermalam.  (dengan nada excitednya)

Ammi:  Ammi dah tau dah semalam...kakak yang tak reti nak call ammi.

Kyra:  Hmmmm akak sibuk.  (sibuklah sangatkan).  But can I walk home with Insyirah.  Abah tak payah jemput.

Ammi:  Kenapa nak balik jalan kaki?

Kyra:  Saja je..bolehlah bolehlah..lagi pun Abah nak pergi solat Jumaat nanti.

Ammi:  Ehhhhhhhh malam nanti call semula.  Ammi tanya abah dulu.


Ini baru kali pertama dapat peluang balik bermalam setelah setahun di asrama...bukan main gembira hati anak-anak.  Masalahnya nak balik jalan kaki tu walaupun sekolah tu dekat tapi boleh basah ketiaklah jugak.


Ammi simpan jelah jadual kat sini... senang nak refer nanti.

Nampaknya plan percutian bulan June kami kena tukar semula.  Haritu keluarkan nama dia sebab dia takde...ni kena masukkan semula.  Harap-harap masih ada tempat kosong.