Langkah Mengelak Penyesalan

 Mesti semua orang pernah rasa "penyesalan" yang macam ni kan.


Dulu masa pakai rice cooker yang jenis begini pernahlah jugak beberapa kali terjadi.  Pasang plug, on switch tapi tak tekan suis kat rice cooker.  Tunggulah sampai kucing bertanduk...nasi ko tak masak-masak.

Lagi stress, bila dah nak berbuka nasi ko baru nak terhegeh-heger mendidih airnya.  Ataupun dah nak imsak tapi nasi tak siap lagi.  Terus rasa bersalah kat semua orang.

Sekarang ni selepas rice cooker yang biasa ni rosak, ammi masak nasi guna pressure cooker.  Jadi dia macam auto ingat nak tekan.  Setakat ni belum pernah terlupa lagilah nak set timer kat pressure cooker bila masak.

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. hahaha...berlapar dan menyesal. nak-nak kalau tersedap pulak masak laukkan...meleleh je air liur sementara nak tunggu nasi siap

      Delete