Hari Raya ke 5 (Jumaat 6/5/2022) kami gerak dari Seremban ke Port Dickson pula. Along Rozie (kakak ipar ammi) buat majlis persandingan anak lelakinya. Dah nikah bulan 2 haritu tapi disebabkan Omicron menjadi-jadi maka ditangguhkan dulu majlis sandingnya.
Majlis ni along buat style rewang. Kejiranan along kat PD tu memang rajin buat style rewang jadi kitorang onz jelah walaupun dah nampak dah penat dia camna nanti.
Ammi ambik tugasan ammi rasa ammi mampu buat je. Kupas bawang, halia, bawng putih, masukkan telur dalam sarung, cucuk bunga pahar... at least membantu dari tak buat apa kan. Buat cili kicap untuk makan mee sup, blend sana sikit, sini sikit.
Berwarna-warni bunga telurnya. Layankan aje
Hahahha sampai gitu sekali Mawar, anak buah ammi ni meracik bawang. Kalau ammi time meracik memang tak hingin ammi duduk. Sedih jadinya nanti.
Dak Adry ni memang rajin di dapur. Tak kiralah dapur rumah Mama dia ke, dapur rumah orang lain pun dia rajin membantu. Good job Ayie.
2 ketul budak kecik ni memang rapat sesangat. Agaknya sebab duduk dalam perut di masa yang sama, lahir sama, aqiqah sama... kemana aja berdua.
Malam ada majils berarak juga. Ada bakar mercun bagai.
Kitorang balik ke homestay, mandi-mandi, solat maghrib pastu ke rumah along semula. Mujur homestay tu walking distance je.
Perantin dengan MakNgah. Ni baru betul orang selalu sebut merahnya MakNgah...memang merah sungguh.
Sebelum tetamu malam sampai kita balut-balut dulu meja buat alas. Kain meja tak sampai lagi.
Sapa yang snap ntahlah..tau-tau je ada dalam group whatsapp.
Tak Melake le hawau kalau takde bunga api masa berarak.
Abu Hurairah (Akim) dan isterinya Nur Natasya
Bakal pengantin kita kasi can lagi 10 tahunlah ye.
Bekas pengantin baru
Esoknya barulah kita pakai ikut tema...warna purple kata Along. Hambikkkk macam-macam purple kitorang kasi.
Tengah ammi buat sambal kicap kat dapur ammi macam dengar suara budak menyanyi lagu Rapuh by Opick. Dalam hati ammi...pandainya budak ni nyanyi.
Sekali abah hantar gambar...ehhhhh anak aku yang nyanyi rupanya. Not bad suara dia.
Dalam bilik flower girls tengah bersiap. Dari kecik sampai ke tua jadi flower girls anak-anak dara ni. Dulu jadi flower girl makcik pakcik....sekarang untuk sepupu pulak
Dah lepas ambik gambar baru ammi perasan, ammi sorang je pangkat makcik kat situ. Yang lain semua anak buah. Eh takleh jadi.
Mari join makcik pakcik yang lain...teman ammi ni ha
Panas dan sunburn teruk ammi yang memang dah sedia ada "burnt" ni.
Dua-dua kaki karok kat tepi meja DJ. Mujur juga pakcik DJ tu layan.
Orang yang memeriahkan majlis...kakak sepupu abah. Kak Chomel.
Ewahhhhhh..
Sebelum kitorang nak gerak balik ke KL. Risau jam lagipun esoknya hari Ahad tu Kyra nak pulang ke sarangnya.
Si kembau.
Penat sungguh. Apa keadaan lepas pukul 4 petang tu ntahlah. Ammi balik homestay, mandi-mandi solat Asar dan gerak balik KL. Dalam hati tu dup dap takut jam...tapi alhamdulillah sebelum maghrib kami sampai KL.
5 Comments
Semoga kekal sehinggal ke syurga! Btw, Mawar tu sekali pandang tadi, ingatkan ammi. sama dan mirip!
ReplyDeletewahhh besarnya headpiece pengantin. Cantik!
ReplyDeleteslmt pengantin baru buat pasangan
ReplyDeletekannn wajib tu bunga api meletup2
teringat majlis ank buah melaka kawen
dah habis semua berkeluarga
kena tunggu cucu2 la pulak kawen
Wahhhh.. cantiknya baju pengantinnnnn.
ReplyDeleteMeriah majlis. Sanggul tu sejambak pengantin bawa. Mesti berat kan
ReplyDelete