Si anak dara ni dapat pulang bermalam hari Jumaat 13.5.2022.  Ini kiranya pulang bermalam dia yang pertama sejak masuk asrama tahun lepas.

Ammi balik rumah Jumaat petang tu tengok dia tidur.  Ehhhhh tidur lepas Asar elok sangatlah tu perangai.  Lelaju kejutkan dia.  Penat katanya sebab balik je tadi dia dan gang terus berjalan kaki ke kawasan "happening" sebelah kawasan apartment ammi.  Kat situ adalah restoran-restoran yang sesuai dengan remaja.  Tapi jalan kaki dari rumah ammi boleh tahan jugalah berpeluh.  Abah kata abah follow slow-slow naik motor lepas 15 minit dorang keluar dan nampaklah 4 orang anak dara berjalan ditengah panas dengan tak berpayung.

Abah follow lagi sampai ke tempat dorang duduk minum dan tengok memang mereka berempat je.  Takdelah "temu janji" rahsia dengan orang lain.  Risau jugakkan nak lepaskan anak-anak dara ni keluar sendirian.  

Hari Ahad, ammi dan anak dara pulak "outing" berdua.  Abah takut nak masuk KL.  Takut nak terjah shopping mall sebab hari Sabtu tu huru-hara jalan sekitar KL kan.  Risau takde parking pun satu hal.  Ammi naik grab je berdua dengan Kyra ke MidValley sebab inilah mall paling hampir dengan rumah.  Ammi nak beli walking shoes sebab kasut ammi dah terbelah kat tapaknya.  Bila terpijak air ehhhh tetiba rasa basah je tapak kaki ammi.  Baru je beli kasut ni dalam bulan 6 tahun lepas.  Cepat nau rosaknya kasut zaman sekarang.

Lepas mencari dan membeli, perut pun lapar mengada-ngada.  Sebenarnya takdelah lapar sangat sebab breakfast agak berat...tapi dah nama pun ngada-ngada.  


Ikutlah selera budak yang dapat pulang bermalam ni.  Nak sushi katanya.  Ehhhhh boleh pulak masa nak suapkan sushi ke mulut tergolek keluar sushinya dan cun-cun pulak masa tu ammi nak snap gambar dia.  Mujur sempat tutup mulut.



Bising sungguh keadaan dalam kedai ni.  Ada satu group budak melayu lelaki dan perempuan usia sekitar 16-17 tahun.  Cakap macam dorang je wujud kat situ.  Dengan bahasa yang agak kasar tak sedap didengar.  Risau betul ammi kalau anak-anak ammi nanti berbahasa kasar gini.  Ammi taktaulah itu memang trend budak sekarang ke apa tapi di setiap hujung perkataan akan ada perkataan "bodoh, sial babi"... Contoh....masa ada sushi yang lalu kat conveyor belt tu dan salah sorang tu suka dia cakap camni...."wei, wei aku suka ni bab*".  Pastu "dia makan comot sial".. Huhuuuuuu i cannot brain.  Ammi rasa segan juga kat pengunjung restoran yang berbangsa lain.  Bahasa mencerminkan bangsa kan... 

Sambung semula... pulang bermalam berakhir pada 16/5/2022.  Sebelum hantar dia balik asrama sempat lagi kitorang gi beraya rumah kakak ipar di Wardieburn sana.

Pastu hari Rabu warden letak notis kat group untuk "outing" pulak hari Ahad (22/5/2022 dari jam 11 pagi ke 6 petang).  Ammi ni tunggu je dia call.  Ikut dia la nak keluar ke taknak sebab macam baru je balikkan.  Sampai ke hari Ahad baru dia call.  Itu pun pukul 10 pagi dia call abahnya tanya ada tak nak datang jumpa dia?   

Abahnya bila anak dah tanya gitu terus cakap kita bawak kakak sekalilah cari baju abang.  


Misi sebenar keluar hari Ahad nak cari uniform Tunas Kadet Remaja Khilfi sebab yang ada kat rumah ni dah sendat mendat.  Baju TKRS yang ada kat rumah ni ihsan dari anak buah ammi sebab dia dah masuk sekolah menengah.  Masa fitting dulu (masa tu Khilfi darjah 4) elok je cun-cun muat siap labuh lagi seluarnya.  Pastu sejak dapat baju tak pernah guna langsung baju tu sebab perhimpunan bulanan badan beruniform takde gara-gara Covid.  Ni bila perhimpunan dimulakan semula ...tak pasal-pasal takleh guna terus.  Seluar nak zip pun takleh.  Huhuhu.

Kakak nak makan chinese food katanya.  Yang paling hampir dengan "keberadaan" kami masa tu kat Mastercook Bandar Sri Permaisuri jelah.  Hebat tak bahasa ammi? hahahha...keberadaan katanya.  


Ni yang Kyra rindu sangat-sangat nak makan katanya.... Yee Mee Soup.

Lepas makan gi bookstore cari few exercise books dan balik.  Panas berdengung kat luar tu.  Masuk je rumah terus lega kepala, mata bagai.  Balik mandi, solat zohor dan tidur.  Sedapnya dapat tidur.

Around 5.30 petang, abah hantar Kyra balik asrama naik motor je.  Kata asrama sebelah tamankan?  Tapi kena gaklah lalu 2 traffic lights ahaksss...

Siap pesan kat dia, minggu ni duduk je diam-diam kat asrama sebab abah ammi nak balik Seremban.  Ada majlis pernikahan anak buah.