Salam Seminggu Raya...

Bersawang blog seminggu.  Bawak balik laptop tapi malas sungguh nak keluarkan dari bag.  Nak update blog dari phone pun malas.  Dahsyat sungguh pembawakan penyakit malas ni.

Tapi naklah juga postkan kat sini kenangan raya terkujat buat kenangan di masa akan datang.

29/4/2022 (Jumaat)  tu Ammi keluar dari office sekitar jam 2.30pm tapi punya susahlah nak dapat grab nak ke station MRT perghhh.. dekat sejam juga ammi tunggu.  Takde driver pastu charge bukan main mahal lagi.  Redha.

Sampai rumah lebih kurang jam 4.30 petang, pack baju laju-laju, baju-baju dalam mesin kita masukkan dalam laundry basket dan angkutlah kita semuanya ke Seremban.  Konsep pakai baju di KL basuh di Seremban gitu.  Keluar rumah dalam jam 6.20 petang..siap gi tapau roti john sebab budget kita terpaksa berbuka dalam kereta.  Alih-alih ngam-ngam azan di Seremban jam 7.17pm kitorang terpacak depan rumah.  Maka berbukalah kami dengan roti john sorang sikit.  Lepas solat Maghrib terus keluar gi cari makanan proper.  Adik ammi kat rumah tu pun terkejut tup-tup kakaknya sampai.  Dia kata kalau roger awal boleh juga dia gi carikan juadah berbuka tadi.

Lepas berbuka kononnya pergilah kami ke Bazar di Ampangan (tempat ni famous gila kat Seremban satu waktu dulu kalau nak raya) tapi.... kali ni sendu sungguh.  Boleh dikira dengan jari berapa kedai je yang ada disitu.

Disebabkan takde pilihan di Ampangan maka kami ke Senawang sebab kebanyakan peniaga dah divert tempat berniaga dari Ampangan ke Senawang.  Tapiiiiii perghhhh dia punya jam takleh nak cakap.  Sudahnya pulanglah kami tanpa beli satu pun baju.

30/4/2022 (Sabtu) - Abah ke Melaka untuk hantar barang sound systemnya.  Alhamdulillah ada gak job di akhir Ramadhan.  Sudahnya kami duduk tersadai je kat rumah sebab dah alang-alang ke Melaka abah berbuka je dengan adik-beradik dia di sana.  Ammi pun masaklah ala kadar untuk berbuka sama-sama dengan adik beradik ammi di Seremban.


Adik ammi bayar, ammi tunggu je kat luar.

Gambar juadah berbuka boleh tak takde sorang pun ambik.  Sampai hati tau...kita masak penat-penat.  Ahahhahah..merajuk ammi.

1/5/2022 (Ahad) - Anniversary kami yang ke 18.  Lepas sahur abah siap-siap nak ke pasar katanya.  Esok takyah sibuk-sibuk beratur katanya.  Nak beli kambing je pun.  Tak sampai sejam abah balik dari pasar.  Katanya...bahagian kambing relax je..bahagian daging lembu yang beratur panjang.


Muka tak siap..apa ada hal.


Dalam pukul 10 pagi ammi dan anak-anak pun siaplah nak mencari baju raya.  Gila nak raya baju takde langsung.  Jumpa warna yang cantik, untuk Abah pulak takde.  Bila ada untuk Abah untuk Ozil pulak takde.  Ishhhh ni lah padah bila beli last minute.  Sudahnya jumpalah juga.  Siap cari tempat untuk alter sebab size budak Khilfi tak muat pakai.  Kenalah pakai baju dewasa size S pastu kene potong tangan, potong kaki.  Alahaiiii anak.  Mujur ada kedai yang sudi alter last minute.

Balik ammi masak lelaju untuk berbuka.  Plannya malam lepas tarawih nak keluar cari sampin pulak.  Sekali kat handphone berdesup-desup message kata esoknya raya.  Buka TV ehhhhh esok rayalah pulak.  Plan mencari sampin perlu diteruskan, kalau tak karang togel je rasa.  Keluarkan kambing yang dah dibeli (mujur abah teragak nak beli, kalau tak kita makan sardin je dipagi raya).  Masukkan nasi impit dalam periuk tekanan dan jom kita keluar gi cari sampin.


15 minit pusing-pusing kedai Zulda Masri kat Ampangan tu ok settle masalah sampin.  Psstttt...ammi pakai baju yang SR hadiahkan dalam Variety Box haritu.  Selesa sangat...thank you SR.

Lepas beli sepeket dua kerepek, layanlah selera abah nak makan sup urat keting kat kedai sup power katanya.  Tapi macam biashe-biashe je ammi rasa.

Balik, tukar uniform dan masaklah kari kambing seperti yang direquest oleh adik-beradik.  Along kata dia tak reti masak kari kambing.  Ammi onz je sebab pernah belajar resepi dari arwah mama.  Tapi nak jadi sepesen macam rasa arwah mama memang payahlah.  Rendang takyah buat sebab along ammi dah order.  Kuah lodeh esok pagi je buat tapi malam tu sambil-sambil mengari kambing, ammi dah sediakan bahan-bahannya.


Lebih kurang pukul 12.30 camtu settlelah memasak.  Ammi tak letak santan pun dalam kari.  Ammi guna yogurt je supaya less berlemak.

Basuh-basuh mangkuk raya, tempat isi lauk...kemas-kemas dapur.  Mandi, solat isyak dan tidur.  

Begitulah kisah raya terkejut kita.  Mujur takyah nak merendang sangat.  Kalau tak haru juga.  

Ramai je yang bising kata terkejut, tak bersedia...tapi bak kata abah "kalau kita ambil sebagai hikmah, kita dapat hikmahnya... kalau kita ambil sebagai masalah, kita dapatlah masalah".

Tapi seronok apa raya camni...teringat zaman kita kekecik dulukan.  Beriya tunggu atok buat pengumuman sambil sibuk pasang langsir, tukar sarung kusyen, alas meja bagai.