Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Semalam boss ammi masuk office agak lewat. Masuk je terus dia panggil ammi masuk bilik dia dan dia serahkan satu kotak putih yang dah agak kusam, comot. Berat wei kotak dia. Ammi tengok ada lambang "Apple" kat atas tu. Ishhh takkan dia nak kasi handphone lagi?
"You take this watch. Its just sitting doing nothing in my drawer" katanya.
Ammi macam...ha?? What watch? How much is this? I can't afford it.
"Take it I said. Its my old watch, I got myself a new one last year and this watch has been so lazy sleeping in the drawer. Give him some work to do since you just got yourself an iphone. Its an old series but I believe can still be used. Come, bring your phone here...let me configure"...
Tu diaaaa cakap takde coma takde berhenti langsung....nak nangis rasanya seketul Ammi ni mendengar.
Nikmat apa lagi yang nak didustakan. Nikmat dapat boss baik pun patut disyukurikan. Alhamdulillah 10 tahun ammi kerja dengan dia belum pernah dia kedekut dan berkira dengan secretary dia dan staff-staff yang lain dulu. Sekarang ni bila dia buka firm sendiri, memang ammi seketul je staff dia jadi hahahahha semua benefit ammi kaut sorang-sorang takyah share dengan staff lain.
9 Comments
rezeki jgn ditolak! Bertuah badan...tahniah ammi!
ReplyDeleteorang bagi free kan...ambik jelah
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleterezeki
Alhamdulillah
DeleteWah.. Bestnya kak. Rezeki tu. Smart watch tu bagi la anak-anak. Hehe.
ReplyDeletedah selamat bagi pada Kyra...dia nak katanya. Tapi sebab dia masuk asrama tak boleh bawak phone jadi smart watch tu jadi watch jelah. Smart tinggal kat rumah dulu hahah
Deleteberuntung Ammi dapat bos baik camtu..
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki kan
DeleteDapat bos yang baik pun satu rezeki, kan.
ReplyDelete