Alhamdulillah, kita telah berada di fasa endemik Covid-19. Keadaan ekonomi kita sebagai rakyat marhaen yang ada sesetengahnya teruk terjejas, telah mula "pulih" semula selepas 2 tahun. Pejabat pun dah beroperasi sepenuhnya walaupun kadang-kadang ammi habiskan masa dengan main game. Ishhhhh perangai betulkan.
Ada yang diwaktu PKP bertambah ahli keluarganya. Bukan bertambah 1 malahan 2 terus. Alhamdulillah...rezeki untuk ada anak tu dari Allah kan. Bila ahli keluarga dah bertambah, kereta bersaiz "mini" sedia ada mungkin tak lagi praktikal. Kena fikir untuk cari sesuatu yang boleh menampung kapasiti keluarga.
Ammi sendiri pun ntah tahun bilalah nak tukar awek nama JENNIFER yang kadang-kadang dah pandai nak ber'drama'. Tiba-tiba nak nangis kuat-kuat kat tengah jalan sampai orang kat sebelah pun sibuk dok pandang kitorang. Diam tak diam hampir 10 tahun juga rasanya Abah jaga Jennifer. Sebelum ni orang lain yang bela dia. Anak-anak panggil kereta hitam kami Jennifer sebab no. plat kereta start dengan JNF ahaksss. Ada je idea budak-budakkan.
Ammi prefer jenis SUV/MPV sebab anak-anak semakin membesar. Bila dorang besar bermakna baju pun besar. Dah takde istilah 1 big luggage untuk 5 orang macam dulu-dulu. Lepas tu senang juga nak angkut anak-anak sedara, dan kereta ini jugalah abah lenjan untuk bawak barang-barang kerjanya.
Biras ammi yang kat Melaka tu selalu je memanaskan gelanggang Whatsapp keluarga bila dia letak gambar terbaru kereta-kereta. Terliur tengok. Kalaulah air liur tu boleh ditukar kat kedai jual kereta best jugakkan.
Sama ada nak beli kereta terpakai atau kereta yang baru itu semua perlukan research. Bukan main taram je macam gi beli sayur kat pasar, masak harini makan harini settle masalah. Kereta ni dah tentu kena ambil loan, kena tengok dulu keadaan fizikal kereta tu. Jangan fikir baru takde masalah ye kengkawan. Ammi adalah baca artikel di Carsome tentang kesilapan yang sentiasa dilakukan oleh pembeli kereta pertama di Malaysia. Bukan saja pembeli kereta pertama, senang cerita pembeli kereta yang lain juga sebab kita bukan beli kereta setiap hari.
Antara kesilapan yang kita sering dibuat menurut artikel di Carsome adalah:-
- Tanggapan kita bahawa kereta baru lebih baik dari kereta terpakai.
- Sikap mengambil mudah dan tidak membuat tinjauan
- Tidak membeza keperluan dan kehendak
- Jatuh cinta pandang pertama (sweet sangat ni)
- Tidak memeriksa sejarah pemeriksaan
- Tidak memandu uji kereta yang hendak dibeli
- Tidak mengambil kira kos keseluruhan pemilikan
- Memilih Tempoh Pinjaman yang lebih panjang
- Tidak memahami kontrak pinjaman kereta
11 Comments
Untuk uncle hanya kereta sport dari negara kontinental je.... (dalam mimpi lah...huhuhu)
ReplyDeleteBetul tu Ammi, zaman sekarang ni kena berkira² dulu untuk tukar kereta. Lagi² sekarang ni harga barang naik. Kan? Selagi boleh pakai, pakai je. Hehehe...
ReplyDeletesetuju kak. semoga dimurahkan rezeki akak beli kereta baru yang selesa dan sesuai untuk keluarga
ReplyDeleteBetul...kita ukur baju dibadan sendiri..Kalau nak ikut nafsu..kereta api pun kita nak beli🤣
ReplyDeleteBetul Ammi .kita ukur baju dibdan sendiri.Kalau ikut nafsu..kereta api pun kita nak beli🤣
ReplyDeleteBila anak2 makin membesar, MPV lebih sesuai. Apapun, ambil masa pertimbangkan semua option yg ada sbb prioriti berbeza bg setiap org. All the best Ammi & moga dipermudahkan semuanya 🤗
ReplyDeletedana dah pakai myvi ni lebih kurang 12 tahun, beli masa ngandungkan Aiyan. Ikut napsu memang nak beli kereta baru ammi oi, kalau balik kampung banyak barang boleh angkut, mil pun selalu tanya bila Edy nk beli kereta baru. Tapi buat masa ni kami ber3 masih selesa lagi dengan myvi tu rasa sayang nk menambah hutang tapi hati teringin jugak beli kereta yg lebih besar. Moga hajat tercapai jugak nanti... bila baca ammi punya entri ni eh macam sama pulak, cuma ammi lain sikit sebab anak lebih sorang tapi tetap kene fikir betul2 dan buat kira2 betul2
ReplyDeleteiyer..mcm2 aspek kena fikirkan..aku ni lebih2 lagi la kan.
ReplyDelete"Ammi prefer jenis SUV/MPV sebab anak-anak semakin membesar. "
ReplyDeleteSamalah kita
masih setia dengan yang satu, klau nak beli pun tengok kepada keperluan.
ReplyDeleteBetul tu Ammi...SA baru submit document untuk beli kereta Dania..masih dalam proses..x mampu nak beli kereta yang canggih2 ni..ikut hati mmg nak beli tp kena la tengok poket sendiri...
ReplyDelete