Minggu lepas ammi beli sarung pelapik iron board yang baru. Yang lama macam dah kusam pastu spannya pun dah nipis gila. Bila iron terasa besi-besi kat belah bawah tu.
Masuk shopee.. letak description dan mulalah mencari. Ramai juga yang jual tapi ammi berkenan dengan seller sorang ni sebab nampak tak banyak cekadak dia. Bagi explanation pun senang.
Pilih-pilih corak dan seperti biasalah mata ni memang arwah mama kata "patutnya lahir jadi lelaki" sebab selalunya mata memang sedap memandang yang corak abstract. Kalau dia berbunga-bunga ammi jadi serabut.
Balik dari kerja je terus excited pasang.
Yeayyyy berbaju baru dah iron board ni. Rasa gebu bila letak tangan kat atasnya. Kain pun jenis yang cotton tebal ala-ala material jenama Elyza yang pernah top satu masa dulu. Sekarang ni top lagi ke brand tu?
Khilfi balik dari main bola, masa dia nak letak baju kotor kat dalam mesin dia cakap
Khilfi: Ammi ganti dengan alas meja ye tempat iron tu? Macam mana ammi tampal?"
Ammi: Alas meja?
Khilfi: Dulukan meja makan lama kita pakai alas macam ni.
Ammi: Aahlah yek....jap ammi cari gambar meja lama tu.
Laju-laju gi cari gambar kat google photos.
Terlupa terus..patutlah rasa corak kat atas ni dekat je kat hati. Dah tengok 2-3 pattern tapi hati tetap memilih corak yang ini.
Haaa...lebih kurang sama tak coraknya? Abaikanlah lauk bila ntah tu...gambar meja kosong takde pulak dalam storage.
Yang kat meja tu sebenarnya wallpaper yang dibeli kononnya nak tampal kat dinding. Tapi disebabkan pasangan hidup ammi tak kuasa nak menampal makanya terbiar gitu je wallpaper tu sampailah masa raya PKP 1.0 tu ammi paksa gak abah bajukan meja makan kitorang yang dah rupa hidup segan mati takmau itu. Bercalar-balar, tertoreh sana sini sebab anak-anak selalunya buat homework atas meja makan. Pastu tangan dorang gatal dok cucuk sana, cucuk sini.
Meja ni pun dah selamat diletak kat rumah orang lain.
Budak yang hantar set meja makan baru kami kata kalau taknak meja ni dia nak ambik sebab nampak macam elok lagi. Bila dia offer diri camtu...kita macam kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan sebab senang takyah fikir dah untuk nak bawak turun meja ni letak kat sebelah rumah sampah.
Nampak tak level setia ammi camne? Bila dah suka kat sesuatu itu jelah yang kita nampak.
Macam setianya saya kat awak Ba ahaksssss... biar tak hensem, biar tak kaya, janji baik.
18 Comments
Ingatkan orang tadi ikut tajuk, rupanya sarung tempat seterika.
ReplyDeleteHehe memang cantik abstrak. Saya lagi suka bentuk geometri daripada bunga-bunga.
Khilfi lagi perasan corak. Masih ingat rupa alas meja.
samalah taste kita ye NA
DeleteCantik
ReplyDeletetq
DeleteAnak pun dah faham dengan citarasa ibunya.
ReplyDeletekan.. maknya bukan kaki bunga
Deletesetia sungguh dgn corak abstrak...hihi..
ReplyDeletemata selesa kat corak gini
Deleteaah lah Ammi design dah nak sama, memang Ammi punya selera yang abstrak gitu hheheh
ReplyDeletetulah tu..nak buat camna. mata memang laju je pandang benda yg corak gini
DeleteUncle suka anything geometric...
ReplyDeletegimme 5
Deletesama corak alas iron board dgn alas meja
ReplyDeletekan..tak perasan pun masa beli
DeleteBagusnyaa... Boleh begitu yea hati berkenan. Nak kena godek shopee juga ni. heeee
ReplyDeletesila sila...saya tak racun ye
Deleteah ah..sama sungguh...but nice. biru, sejuk mata memandang
ReplyDeleteAdoilah.. Ingatkan cerita pasal apa la tadi.. Kikiki..
ReplyDeleteSetia itu bagus..