Usai ziarah Wak Al di hospital, yang menunggu di dalam kereta dah lapar.  Anak-anak bawah umur tak boleh naik.  Lagi pun risau juga nak bagi dorang naik tempat berisiko macam ni.  Dengan tingginya kes HFMD di Melaka.  Masuk kereta, Ammi gatal tangan type kat dalam group Family "kita makan cendol kat Kg. Ulu jom"... padahal tak tau pun kampung hulu tu diamnya kat celah mana.  Sebut sebab selalu dengar orang heboh cendol kampung ulu, cendol kampung ulu.  Along pun kata "lets go".

Hahhahah rupanya Kampung Hulu tu diamnya kat area Jonker Walk.  Jam takyah ceritalahkan.  Mujur masa turun dari ward tu singgah gi beli alas perut anak-anak untuk dua buah kereta.  Kalau tak beli confirm kebuluq masing-masing.

Sampai area situ (selepas guna Waze)..ye walaupun abah orang Melaka tapi itu bukan kawasan permainan Abah.  Abah budak kampung walaupun tempat yang kita nak pergi ni namanya Kampung Hulu, kita terus selesaikan yang fardhu dulu.  Pernah dengar orang kata Masjid Kg Ulu ni ada kisah wali-walinya.  Selesai solat, abah cakap...ini bukan masjid Kg Ulu la.  Ini masjid Kg. Kling.  Hahhaha..apa-apa jelah.  Janji yang wajib dah disempurnakan.

Settle bab wajib, bab keperluan perut pulak next.  Tapi dipertengahan jalan sempat pulak nak berposing anak-anak ni.


7 ketul cucu arwah Aca & Mama




Ko cari cicak ke Daniel? Tanya Abah pada dia.



Acah-acah K-Clique.  Dah besar nampak cerah sikit PakTam ammi ni..




Masa tengah cari parking nampaklah Makam Hang Kasturi ni.


Makan di tempat yang menyajikan Yong Tau Foo harga kayangan.


Masa nak balik semula ke kereta lepas makan...lalulah kat makam ini.  Ammi pun masuk, sedekah Al-Fatihah.  Makam Hang Jebat katanya.


Rupanya ada 2 makam disini, makam Hang Kasturi & Hang Jebat.  Ammi ingat makam yang sama.  Sudahnya satu dapat gambar pintu masuk, satu dapat gambar dalaman.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pahlawan-pahlawan ini.

Masa gerak keluar dari Makan Avenue tu, Along dan Ammi berpisah disitu.  Sebab kereta parking di kawasan berlainan.  On the way nak ke kereta tu tiba-tiba ditengah jalan ada sorang budak perempuan terjatuh atas jalan masa nak melintas.  Kawannya dah selamat sampai ke seberang...dia terjelepuk jatuh ditengah jalan tak boleh bangun.  Sudah...ammi di tepi macam, ehhhh kenapa ni?  Terus jadi heroin masuk gelanggang.  Cramp rupanya dua-dua kaki budak tu.  Kereta dah bersusun kat belakang tu...tapi mujur juga tak kena langgar.  

Abah & ada sorang brother Grab tolong angkat budak tu ke tepi.  Ammi tak larat sebab boleh tahan sizenya.  Kat tepi abah ajar cara nak release cramp...dan ammi dengan rakannya pun tolonglah, ikut arahan pakcik coach disebelah.  Dia dah ok baru kitorang gerak semula ke kereta.  


Dah 8 tahun budak ni...tapi kalau datang manja dia ginilah.


Arjuna kat belakang ehhhhh bertutup pulak mukanya dengan kain telekung kakak.

Lepas ni kita plan bercutilah sehari dua with our not so big family ni.  Insyaallah...kami tak ramai tapi kami ada untuk kami.