Birthday Khilfi minggu lepas jatuh hari Khamis. Sebenarnya tak plan pun nak sambut diluar sebab Kyra kat hostel. Kebetulan Ozil pun demam hari Khamis tu. Ingatkan masa jadual Kyra pulang bermalam esoknya baru nak celebrate kecil-kecilan.
Tup tup... Khamis lebih kurang pukul 1 petang, Abah whatsapp kata kakak diminta pulang sebab demam. Masa ammi balik dari office ammi tengok Kyra tengah tidur sebab baru makan ubat demam/selsema bagai. Kejutkan dia solat asar...ehhhh lepas solat dah boleh terlompat-lompat pulak dia main bola dalam rumah dengan si budak demam sorang lagi.
Jadi...dah nampak macam segar sikit memasing jadi kita keluarlah makan malam kat luar lepas keputusan Covid tu tunjuk negatif. Pergi yang paling dekat dengan rumah je. Duduk dalam kereta 6 minit dah sampai.
Makan di Nasken Coffee di Lakefields je. Lagipun tak pernah masuk ke situ semenjak di buka baru-baru ni.
Tingkat atas...yang kat belah bawah macam cramp sikit. Sebelah atas ni ada yang indoor dan outdoor juga.
Konsep kedai ni adalah...order di kaunter, bayar dan dorang akan serve di meja.
Ammi dan budak yang kejap demam kejap ok..kejap panas kejap sejuk
Birthday boy pilih pasta tomyam.
Dia ni memang selera pakcik-pakcik sikit...dan dia berani cuba. Sesuailah "keberanian mencuba" dia dengan size badan dia.
Kyra macam biasa...Fettucini Carbonara dia. Lama sangat fettucini ni menunggu tuannya sampai kering dia disitu.
Ozil pilih chicken chop...agak oily ayamnya
Ammi dan Abah pilih Grilled Chicken.
Sementara tunggu makanan sampai Kyra & Khilfi turunlah semula sebab ammi lupa nak beli cake. Punyalah lama ammi menunggu anak-anak ni naik semula rupanya kalau beli kek kena tunggu dan ambil sendiri.
Makanan dorang dah sampai lama, dah sejuk dah pun. Ammi turun bawah, tengok budak-budak ni masih menunggu. Geram pulak ammi...ammi pergi kat kaunter pastu ammi tanya "berapa jam lagi kek ni nak siap?"... pastu barulah ada orang gi potong kek tu. Aduhaiiiii...
Maaflah ye adik-adik...acik kau memang hangin kalau benda boleh buat laju tapi korang buat sambil lewa pastu sambil buat kerja sambil tengok telefon.
Untuk minuman, Khilfi sekali lagi mencuba. Dia order air matcha. Kata birthday boy maka kita layan je. Sekali sedut...haa ambik...menggelintin dia. Jarang ammi tengok dia camtu..bila ammi rasa, hmmmm memang tak sedap.
Dah makan... moh le pulang. Esok ammi nak kerja. Gambar kat meja makan bersama-sama tak ambil pun sebab terlupa. Boleh gitu? Kat tangga pun jadilah walaupun ketua keluarga hilang 'berasap' kat mana ntah.
Menjadi-jadi sungguh eyebag ammi ni.
Balik rumah baru dorang makan kek ni. Ni kek kyra Orea Crepe ke apa ntah. Birthday boy pilih kek kopi..tapi gambar ilek.
Ammi pun tak pasti sama ada akan repeat semula atau tak makan disini sebab taste wise pada ammi biasa-biasa je. Harga ada yang ok ada yang macam tak kena dengan portion. Makanan masa diserve pun tak berapa nak panas...macam suam-suam manja je.
Tapi kalau takat nak duduk minum kopi borak-borak ok kot.
Harga kek ni satu slice lebih kurang RM14-15. Mahal ke murah?
7 Comments
hheheh sekali kene hangin dgn customer baru dia tau yek, kalau makanan kurang panas tu jenis panaskan dekat microwave je ke mcmne yek. Selalu kan kalau baru masak tu panas berasap lagi
ReplyDeletehappy birthday..err,1 slice rm14-15..utk saya, agak mahal tu..kalau rasa dia sedap, okey lah ..worth it...
ReplyDeleterare tu pasta tomyam....happy belated birthday Khilfi..kek tu standard harganya
ReplyDeleteRasa macam mahal kek tu kan..
ReplyDeleteSaya pun tak suka air matcha. Dah try beberapa kali kat tempat yang orang kata sedap, pun tak lulus kat tekak 😅
pibeday Khilfi!
ReplyDeleteBenda boleh cepat dia buat main-main.. Memang patut kena tegur..
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Khilfi..
ReplyDelete