Assalamualaikum..

Seketul bongsu ammi ni demam bermula hari Rabu minggu lepas.  Ozil balik dari training bola sepak petang Rabu tu ammi tengok dia nak bukak socks bola dia pun tak larat.  Ammi tolong cabutkan socks dia eh rasa kaki macam panas.  Ingatkan sebab pakai socks.. cuba pegang kepala...ehhh macam dedar macam tidak.    

Mandi-mandikan dia.. confirm dia demam sebab badan panas walaupun lepas mandi.  Suapkan makan, bagi makan ubat demam kejap tu ehhhhh hilang dari radar dah dia.  Mujur bawah umur...boleh dimaafkanlah tak bangun solat.  Kalau abah tau confirm kena kejut...tapi dengan ammi level kasihan tu tinggi sikit.  

Esoknya bangun tidur start batuk pakej dengan selsema sekali.  Cutikan jelah sekolah... wahhhhhh dan-dan tu pagi lepas subuh tak tidur.  Ambik buku duduk kat sofa (acah-acah je tu) sementara ammi siap-siap nak gi office.  Padahal remote TV dah siap-siap dia masuk dalam poket sweater.  "Your game is in my pocket, son!"


Uncles & Aunties ada baca buku sambil pakai shades gini? Mampu?

Walaupun cermin mata RM5.30 beli kat Mr. DIY... tetap itulah dia usung merata.  Cantik sangatlah agaknya tu.  Tidur pun cermin mata letak sebelah katil.

Tapi lama gak demamnya.  Khamis tu sampai ke malam juga demamnya.  Lepas 4 jam makan ubat dia panas semula.  Esoknya (Jumaat) ammi buat Covid test risau gak.  Tapi alhamdulillah...negatif.

Petang Khamis tu, Abah whatsapp kata "Kakak ada kat rumah ni".  Ammi macam eh kenapa pulak dengan kakak?  Risau kot dia diarahkan balik sebab Covid ke apa kan.. bila test negatif.  Alhamdulillah.  Dia pun demam jugak.  Macam berjanji je dua beradik ni nak demam sesama.

Risau kotlah terkena covid...punah harapan rancangan hujung minggu kami.  Memandangkan dorang negatif...maka trip ke Terengganu onzzzzz.