Sepanjang umur ammi 42 tahun ni....inilah kali pertama ammi jejak kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kalau BBW tu adalah juga beberapa kali.  

Awal-awal dilancarkan ramai kawan-kawan ammi yang pergi kata full.  Parking susah.  Ammi pun jadi macam alahai...sebab ammi memang ada masalah kalau pergi tempat ramai orang.  Ammi akan jadi buntu.  Sebab tu ammi tak suka pergi ke tempat yang ada sale.  End up ammi akan balik tangan kosong je nanti.  Arwah mama dulu kata ammi sejenis yang tak reti rebut peluang.  Takkkk sebenarnya ammi tak reti nak berebut-rebut.  Hahhahah tetap nak defend diri sendiri.

Maka hari Khamis, lepas Maghrib di rumah kami terus ke PWTC.  Jalan agak jam juga tapi alhamdulillah kat dalam tu tak pack.  

Ammi cakap dengan anak-anak, sorang ada RM50 je untuk beli buku.  Ammi bagi peluang beli je buku apa pun ammi tak complain.  Sebab selalunya ammi akan tapis buku especially bila dorang nak beli komik (walaupun ammi dulu suka baca GG and Ujang).  Ammi suka kalau dorang baca buku yang ada gaya bahasa yang bagus, sekurang-kurangnya dorang boleh apply masa nak buat karangan nanti.  


Semakin remaja rupanya anak dara ammi ni.  Dah ke tempat novel cinta nampak gayanya.  Hmmmm.  Dah kata ammi takkan complain maka duduk jelah tepi tu diam-diam ammi.  Terima jelah apa yang anak pilih.


Yang kedua masih berminat dengan buku penyiasatan dan cerita hantu dia walaupun nak pergi toilet yang cuma sebelah bilik tidur dia tu pun punyalah takut.  

Yang ketiga masih takde hala tuju.  Bila nampak buku ada gambar bola bukan main excited.  Pastu dia letak balik.  Sudahnya dia ambil buku latihan je.  "Alip nak belajar pandai-pandai biar cikgu pilih Alip jadi pengawas baju biru" katanya.  Huhuhuhu... nak jadi pengawas baju biru takleh banyak cekadak tau.  Jangan asyik mengadu je kerjanya.


Yang no. 2 tengah berdiri sambil buat kira-kira.  Sebab taknak over budget katanya.  Padahal buku dia paling terover budget.  


See lengangkan?

Ammi tak sempat nak ke level 4 sebab yang paling bongsu dah bising kata dia rasa nak muntah sebab lapar.  Yelahhhh selalunya sebelum maghrib kitorang dah dinner.  Haritu abah tak sediakan dinner.  Manalah nak tau perut si kecik ni dah tak tahan.  Sementara nak makan tu ammi belikanlah dia aiskrim.  Mujur nampak ada orang jual aiskrim kat Tingkat 3 walaupun harga aiskrim yang selalunya dalam RM2.70 dijual pada harga RM4.00.  


Ini antara buku-buku yang dibeli.

Ammi ternampak buku Anding Ayangan III karya Ramlee Awang Murshid, kononnya jap lagi nak pusing semula...sudahnya bila si kecik kata lapar sangat terus terlupa.  

Pesta buku ni memang jual buku melayu je ke?  Ke ammi yang tak nampak novel English sebab masa suntuk sangat.  

Next PBAKL kena ambil cuti dan pergi waktu siang ke macam mana? Bila malam memang lengang tapi tak cukup masa.