Assalamualaikum...

Lama dah tak menaip kat sini.. kesibukan sebab dapat brief baru hari Rabu haritu.  Khamis - Jumaat sibuk peruse documents dan draft apa yang patut untuk approval boss.  Boss amend sana sikit sini sikit, forward ke client untuk client's approval pulak.  Pastu pukul 4.00 petang dah tercongok kat rumah.  Gedik tak?  Memang gedik.

Isnin sambung amend document yang client dah pre-approved, meticulously checked all details (urusan guaman ni setiap huruf dan setiap nombor tu sangat kritikal) sebab kalaulah kata tersilap type nama atau nombor kad pengenalan, pastu dah file ke mahkamah, mahkamah dah keluarkan nombor guaman.  Akan timbul isu bila ko kena amend kesilapan tu (ko kena filekan Notis Permohonan beserta afidavit untuk menyokong permohonan untuk meminda, Mahkamah kena setkan tarikh pendengaran nak meminda)...dan itu semua perlukan duit dan masa.  Bukan boleh suka-suka je tersilap di dokumen yang ko dah file, pastu next ko amend sendiri-sendiri je.  Noooooo cannot.  So, buat kerja jangan cincai, focus dan tak yah serabut fikir blog tak berupdate, blog takde isi.  (Ahaksssss ok tak justification camni?)

Hari Jumaat masa boss tengah check drafting ammi, ammi pun onlah apps grab.  Perut tak lapar tapi mulut je gatal nak ngunyah.  Orderlah dari GrabMart.  First time ammi order dari sini.  Masa order tu nampaklah ada dia bagi 1 free item.  Walaupun kalau diberi pilihan taknak benda free itu, tapi dah dia bagi kita ambik jelah.

Bila sampai wahhhh bukan 1 free, ada 3 free items dia bagi.


2 botol coke size 250ml dan satu pack marshmallow.  Mende ammi nak buat dengan marshmallow ni?  


Ni namanya tak ada masalah cari masalah.  Macam dah kaya sangat sibuk nak perabih duit.
Beli listerine satu simpan kat office sebab lately ni rasa gusi macam tak selesa je.  


Ok juga beli dari GrabMart ni...grab reward dia pun lumayan.  Ammi suka kumpul grab points sebab nanti bila nak beli makanan or naik grab tolak je dengan points.  Jimat duit.