Minggu lepas (diawal cuti sekolah) ammi balik ke Seremban sebab anak buah ammi kahwin.  Majlis anakbuah yang ke 3 untuk tahun ni.  Bersusun-susun.  Lepas ni next tahun depan pulak kot.  Belum ada lain yang berbunyi.  

Pasangan ni nikah 27.05.2022.  Ammi dan Abah tak balik pun sebab nikah petang Jumaat tu kan.  Keesokannya terus buat di sebelah perempuan.  Pun ammi tak balik sebab ada banyak agenda di KL.  Mula-mula memang plan nak menghantar rombongan tapi kita hanya merancang..Allah jua yang menentukan.


Berjodohan dengan orang sebelah taman je.  Kenal-kenal waktu mereka sama aktif bersilat.


Bridemaids..
Ada tambahan dua muka baru sebab KakChik (ibu pengantin) nak juga anak asuhan dia jadi bridemaids sekali.  Dah besar dah budaknya.


Macam biasalah..ketua bidadarinya MakAdik.  Dia je yang kreatif sikit.  Kalau ammi tak payah bridemaids bagai.  


Sepupu-sepupu pengantin lelaki disebelah ibu.  
Sangat-sangat tak cukup quorum.  Ini baru 1/4 je ni.


Bab menyibuk bila orang lain bergambar memang penyakit abang ipar ammi.  Tapi takde dia sapa pulak nak nyanyi lagu Hattan, Aris Ariwatan, Ramli Sarip semua?


Anak-anak buah yang tak semenggah.


Dua pengantin baru.  Yang baju pink tu dah nak jadi ayah dah.  Perangai masih macam baby.  Adam oh Adam.


Pengantin 2 bulan vs pengantin seminggu.


Majlis kahwin belah family abah kalau Along tak menyanyi tak sah.  Rasanya mmg adik beradik abah suka nyanyi kot.  Pastu Kak Chomel memang sentiasa menyerikan suasana.  Ini sepupu abah...paling sporting.



Datang je Tok Mat..orang semua lupa terus kat pengantin.

Ni masa Tok Mat dah nak balik...lagi sikit nak keluar khemah ammi dengan muka tak malu.

Ammi:  Tok Mat nak ambik gamba sekoping bulih?
Tok Mat:  Bulih...apo tak bulih pulak.

Terus masuk frame ipar-ipar ammi.

Humble sungguh seorang bekas Menteri Besar ini.  Manalah rakyat tak sayang kat dia.
Makan pun lauk cedok sendiri...tak mau dihidang-hidang kat meja VIP.

Ammi tak banyak bergambar pun kali ni sebab rasa lesu badan ni.  Macam nak demam ada, macam nak pitam ada.  

Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru untuk anak buah mandak, Mohd Fikri dan pasangannya Nur Alysha.  Semoga bersabar dengan setiap ujian yang mendatang...bawak keto pun ado bumper, ado belok, ado lopak kek tongah jalan...camtulah jugak perkahwinan.  Bukan jalan lurus yo sepanjang masa.