Ahad lepas kami ke Melaka.
Kami tu adalah keluarga kakak Ammi dan keluarga Ammi. Tujuan asal ke Melaka sebab nak ziarah makcik ammi yang terlantar di Hospital Melaka. Dah alang-alang sampai Melaka, dan waktu melawat pun sampai jam 2 petang je makanya lepas ziarah kami pun pergilah cari tempat untuk lunch.
Dan kami ke suatu tempat. Bengong gak rasa bila diri sendiri yang ter'cadang'kan idea nak makan kat situ. Jam bukan main lagi. Tapi bila dah sampai, tengok anak-anak buah happy sakan berposing oklah...taklah rugi sangat.
Lepas solat zohor di masjid kami ke tempat makan yang katanya 'fofular' itu.
Masing-masing pilihlah makanan masing-masing pastu kitorang kumpul resit dan bayar sekali harung. Sebab memang itu konsep di tempat makan 'fofular' itu.
Masa membayar tu ammi nampak satu kertas kecil, size besar-besar pemadam je. Harga yang tertulis adalah RM51.50. Ammi takda issue bayar mahal untuk makanan tapi wonder gaklah apa je juadah yang mahal sangat sampai limapuluhhengget tu. Lepas bayar ammi ke meja. Ammi tanya, "siapa punya bil yang RM51 tu?"... bil Kyra rupanya. Dia order yong tau foo katanya.
Okkkk....tunggu dalam 20 minit sampailah adik jual yong tau foo bersama hidangannya.
22 Comments
Harga mintak viral tu....
ReplyDeletetulah..tengok je rasa nak ambik gambar pun jadi malas..lantaklah situ
Deletetu lah, seram tengok harga makanan sekarang. Mencanak betul harga dia. Yong tau foo pun kena hati2 sebab diorang charge mahal untuk bahan frozen
ReplyDeleteyelah...kalau kata caj 1 RM2... mau gak kena ambil lebih kurang 25 frozen items baru jadi RM50 kan..
DeleteYong tau fu banyak tu paling mahal rm20 kot....ni sampai rm50 memang cekik darah betul
ReplyDeletekan dana... biarlah mereka jawab je di sana nanti..
Deletepernah kena gak..kes mcm ni, wondering apa yg mahal sgt but malas nak tanya2...mcm ko jugak la..sekali tu je la kan
ReplyDeleteaku sejenis kalau tanya terus "meletup" je nanti kalau jawapan tak munasabah. sebelum meletup baik diam je
Deleteiye la ammi mahal la sampai 50++
ReplyDeletetulah..ni nak snap resit celah mana pulak ammi selit ntah. geram punya pasal
DeleteAlamak, memang mahal la, kalo sampai 50 ringgit camtu. Cukup la sekali pergi, kan.
ReplyDeletebetul...cukup seklai..nak ke situ dahlah jam macam apa je
Deleteaik YTF kat Makan Avenue tu ke?
ReplyDeleteaah..hari SA ada makan kat situ ke?
Deleteuish mahalnya. nasib baik masa saya ke Makan Avenue tak kena cas macam ni
ReplyDeletemasa anak order ammi tak ikut, dia gi sendiri. dia pun tak tengok harga kot. kedai lain rasanya ada je tulis harga makanan
DeleteBertabahlah bila makan yong tau foo ni kan. tambah itu tambah ini, haaaa.. ambik harga. hehehee
ReplyDeletebetul...tp yg ni melampaulah. dahlah mangkuk buruk ahaksss
DeleteKalau beli frozen harga Rm50 tu agaknya boleh makan sampai kenyang berganda2 kut. Hish...ada viral restoren 35....yang suka memaki dan marah customer. Yang pelik tu sedap sangat ke sampai orang suka ke restorennya walaupun kena maki dan marah dengan tuan kedai.
ReplyDeleteSaya perasan kalau order yong taufu memang harga mengarut2 jadinya..Walau hanya ambil sosej + fishball & kangkung sahaja pun..harga mengalahkan tiket bas ke Alor Setar...walau ada tanda harga & kita dah congak..bila bayar lain harga dikenakan..Kita pula nak banyak tanya.. dah makanan..nanti kata kalau takda duit jangan makan...Tapi ni bukan soal ada duit takda duit...soalnya kita bayar guna duit tapi tak berbaloi..( eh,ngalahkan tuan tanah pulak makcik bi)🤭
ReplyDeleteHarga tak masuk akal betul la Ammi. Cekik darah betul..
ReplyDeleteSaya paling tak suka orang jual yong tau fu tak nak letak harga.. Nampak sangat harga tu nak dibuat main.. Mereka yang berniaga tak papar harga ini tak nak pulak diserbu dan dikenakan tindakan..
ReplyDelete