Hari Sabtu lepas ammi cuti memasak sebab mata kiri ammi ada ketumbit.  Boleh tahan bengkak mata tu macam kena satu das tumbukan padu.  Patutlah hari Jumaat tu ammi rasa pedih je kat mata.  Pedih macam terkena paper cut gitu.

Bangun subuh tu ammi sendiri terkejut tengok mata.  Memang sedia ada mata ammi ni ada eye bag.  Ditambah pulak dengan ketumbit yang besar melampau.  Mujur takde lebam..kalau tak confirm orang kata "isteri jadi mangsa penderaan suami".  Ketumbit tu sikit je tapi malas dia menggunung bukan main lagi.  Alasan malas masak namanya tu.  Lagipun dari pagi Abahnya ke surau berhampiran jadi geng rewang masak-masak untuk jamuan raya surat malam nanti.  Dah merewang sah-sahlah lunch terus kat sana.  Ozil ikut abah.  Entah apa yang Ozil rewangkan kat situ pun taktaulah.

Ammi duduk rumah dengan Khilfi.  Walaupun tak masak tapi ammi tetap mengemas tau.  Buat our normal weekly chores.  Sapu rumah level hardcore, mop rumah guna air panas, tukar cadar, lap habuk semualah.  Hari biasa sapu manja-manja, mop kalau ada tertumpah makanan je.  

Lepas tolong ammi buat kerja rumah terus ada orang tu kata lapar teruk.  Ehhhh baru pukul 11 lebih dah lapar.  Ammi pun on grab dan carilah apa yang boleh bagi si tembam ammi ni makan.


Dia pilih nak makan Nasi Kukus Ikan Bawal.  Ammi order dari kedai Dayang Corner je sebab ammi terasa nak makan Laksa Sarawak.  Order dari kedai yang sama je untuk nak save duit delivery.  Nak order tapi kedekut...camne tu ammi?


Alhamdulillah..kenyang.

Malam Abah dan anak-anak makan di jamuan raya surau tu je.  Ammi? Ammi pun lupa ammi makan apa.  Teruk betul masalah pelupa ammi ni.

Ahad pagi tu ammi geram je tengok ketumbit tu tak surut walaupun ammi dah tuam dengan tuala panas.. ammi ambik je botol kaca letak air panas pastu ammi alas dengan tuala dan tuam.  Magic ok....hilang terus sakit pedih-pedih tu dan surut terus.  Ammi tau dari semalam lagi ammi buat.  Boleh gi makan jamuan raya kat surau.