Keluar je dari PBAKL di PWTC terus je cari tempat makan sebab yang paling bongsu dah buat drama lapar dia.  Tiba-tiba dia rasa nak muntah, tiba-tiba rasa nak pening.  Memang drama sangat tapi dalam masa yang sama risau perut dia masuk angin je.  Kat luar PWTC tu ada je foodtrucks yang jual makanan tapi entahlah tak berkenan pulak rasanya.

Kami ke area Jalan Ipoh je.  Dulu-dulu masa baru kahwin inilah tempat makan hampir setiap malam sebab Abah menyewa bilik kat flat berdekatan komuter Sentul.  Dekat 3 bulan jugalah ammi dan abah duduk dalam bilik lepas kahwin.   Balik je kelas malam kat Shah Alam, kita stopby kat area belakang Pusrawi (lama) untuk dinner sebab kat situ murah.  Sekarang dah gelap tempat tu.  Ada 1-2 kedai je bukak malam.

Pengalaman duduk menyewa tu hmmmmm.. abah menyewa bilik master masa bujang (mujur bilik master tu besar...kalau sewa bilik kecil pengsan ammi).  Satu lagi bilik adik abah dan bilik depan master tu ada sorang abang engineer.  Tak seronok ok duduk dalam rumah bujang.  Nak mandi kena kongsi bilik air.  Ammi akan pastikan balik kerja terus mandi (kalau hari takde kelas malam) sebab taknak bertembung dengan orang lain walaupun adik ipar ammi.  I segan ok.  Pastu duduk jelah dalam bilik tak keluar-keluar kalau abah gi kerja.  Ammi hidup dengan TV terpasang 24 jam (nasib baik ada beli TV masa bujang dulu kalau tak pengsan kali ke-2 sbb kene share TV kat luar), buat assignments, kalau boring on computer main game.  Nak kencing pun kalau dengar ada orang kat luar dan abah takde, ammi sanggup tahan kencing.  Gila betul.  Masa tu kalau abah balik lewat dari waktu pun dah gelabah.

Ehhhhh terflash back memories pulak.


Si kecik ni dari dalam kereta nampak orang bakar satay terus cakap dia nak satay dengan nasi petak.  Onzzzz.  Dia order nasi bujang juga.  Boleh tahan makannya...jangan gendut macam abangnya sudah.


Ha nampak betapa sukanya dia dengan "nasi petak" itu.  Takde pelawa orang langsung.


Pastu si abang kena marah dengan si Alip.

Alip:  Tadi abang tak minta sataykan? Kenapa makan alip punya?
Ammi:  Nak jadi pengawas baju biru kena baik hati.  Jangan berkira sangat.  Makanan kena kongsi.

Bila nak susut perut kamu ni nak?  Makin membulat ammi tengok.

Dia terima cabaran dari Pakcik Alim.  Kalau berjaya kurangkan berat jadi 40kg dalam masa sebulan dapat RM100.  Sekarang berat dia 50.4kg+/-.  Cabaran bermula 4/6/2022...kita tengoklah nanti outcome.  Setakat harini hmmmmmm masih belum pandai nak kurangkan portion nasi.  Tapi dah rajin kayuh basikal lepas main bola.  Kadang-kadang tiba-tiba dengar bunyi macam buah nangka jatuh...dia tengah buat lompat bintang rupanya kat dalam bilik.  Hahhaha...nak gelak tapi tahan sebab taknaklah hilang motivasi dia.  Part minuman tu memang dia pilih air masak je sekarang ni kalau gi kedai makan.  

Bukan mudah sebenarnya nak hilangkan 10kg in a month...tapi kita tengok jelah nanti berapa yang berjaya dikurangkan.