Tengah musim-musim durian ni...sana-sini orang jual durian longgok-longgok.  Ammi teringin gak nak makan durian tapi rasa macam mahalnya lahai.  Bukanlah tak mampu nak beli tapi bila fikirkan akibat selepas makan durian tu ammi muhasabah diri.  Sebab bila dah beli confirmlah makan  bukan seulas dua...selagi tak habis macam tak berhenti makan.

Abah & Ammi takut nak makan banyak sebab risau naik gula.  Kadar bacaan gula ammi ikut pada last check macam dah nak masuk sempadan.  Lebih baik berjaga dari dah terkena lagi satu hal pulak.  Abah memang ada diabetes dan abah control.  Sebenarnya abah ni bukan orang yang gemar makan atau minum manis-manis.  Masa doctor kata abah ada diabetes ammi macam seriously??? Rupanya kita lupa dalam nasi pun ada kanji, dalam mee, dalam kuih karipap, kuih burger mini tu kan...

Dan ammi nampak ada orang share TIPS MEMBELI DURIAN ni kat Facebook...tertarik nak kongsi.


(Photo credit to siapa ntah...saya pinjam dari Facebook)

Betul juga apa yang orang ni cakap.  

Sebelum beli durian tu buat-buatlah ingat semula kalau-kalau ada berhutang dengan sesiapa.  Kadang-kadang tak perasan konsep "ko bayar dulu..aku bayar balik nanti"...sampai kesudah si "aku" tu tak bayar balik.  Orang yang bayar dulu mungkin segan nak minta.