Assalamualaikum,

Bersiaran kembali walaupun tiba-tiba rasa blur apa benda nak ditaip kat sini. Ahaksss.

Lama sangat bercuti ginilah jadinya. Nak dapatkan balik momentum tu liat sungguh.

Minggu lepas anak-anak yang di rumah demam.  Mujur demam sekali harung jadinya takdelah risau sangat bab nak mengasingkan masing-masing.  Ozil demam dulu and the next day baru start si Abang ni pulak panas badan.

Balik sekolah hari Selasa tu Abah bawak ke klinik.  Merah sungguh muka dan mata dia.


Dapatlah hadiah birthday ke 8 - percutian 3 hari dirumah sendiri.


Tapi birthday tetaplah birthday.  Ammi balik kerja hari birthday si Ozil tu (14.7.2022) dia terus cakap 

Ozil:  Ammi, boleh tak kalau nak makan pizza?
Ammi:  Boleh, jap lagi ammi masukkan dalam oven.
Ozil:  Bukan, makan untuk birthday Alip macam birthday semua orang tu...boleh makan kat luar.
Ammi:  Oooooo tapi awak demamlah.
Ozil:  Cuba rasa...panas ke tak?

Hmmmm memang tak panaslah waktu tu.  Siaplah lepas maghrib kang kita keluar gi taman sebelah.


Belum azan member dah siap ambik wudhu'... nampak agak weak tapi tak panas pun badannya.


Ammi order ala kadar je sebab Abah & Ammi macam takde selera pulak nak makan pizza.  Tapi dah orang yang demam tu request mungkin itulah pembuka selera dia...layan jelah.


Sekali dia nak makan sekeping je.  Ehhhhhhhh sapa nak perabis.  Makan lagi satu, makan juga soup tu, garlic bread tu, chicken wings tu.

Tengah-tengah kat restaurant nampak dia menggigil-gigil.  Ohhhh panas balik badan dia rupanya.


Yang sorang kat depan tu buat muka macam "....ishhhhh banyaknya nak kena makan"...tapi kejap tu selesai.  Demam pun berselera kamu ye.  


Hari Sabtu barulah ada acara potong kek sempena kakak ipar ammi buat acara makan-makan adik-beradik kat rumah dia.

Dah alang-alang tu raikanlah sekali untuk para July babies.  Ramai JulaJuli rupanya.  Ada seketul JulaJuli yang dah boleh keluarkan duit akaun 2 EPF dia tahun ni dah balik awal pulak.  Ada kerja katanya.  


Tapi kek untuk budak seketul ni Mandak dia beli asing...sebab dia paling junior katanya.  Bagilah dia seronok sikit kek ada tulisan nama dia kat atas tu.

Tahun ni takde dah morning call dari Muma untuk wish birthday cucu-cucunya.  Selalunya Muma akan jadi orang pertama call dipagi hari wish sebelum cucu gi sekolah.

Al-Fatihah untuk bondaku.

Semoga anakanda bongsu Ammi, Khalif Syafiq membesar menjadi anak yang soleh, menjadi hamba Allah yang tetap imannya, sentiasa merendah diri dan semoga Allah permudahkan segala urusan buat kamu anakku.