Hadiah penginapan sempena birthday

Assalamualaikum,

Bersiaran kembali walaupun tiba-tiba rasa blur apa benda nak ditaip kat sini. Ahaksss.

Lama sangat bercuti ginilah jadinya. Nak dapatkan balik momentum tu liat sungguh.

Minggu lepas anak-anak yang di rumah demam.  Mujur demam sekali harung jadinya takdelah risau sangat bab nak mengasingkan masing-masing.  Ozil demam dulu and the next day baru start si Abang ni pulak panas badan.

Balik sekolah hari Selasa tu Abah bawak ke klinik.  Merah sungguh muka dan mata dia.


Dapatlah hadiah birthday ke 8 - percutian 3 hari dirumah sendiri.


Tapi birthday tetaplah birthday.  Ammi balik kerja hari birthday si Ozil tu (14.7.2022) dia terus cakap 

Ozil:  Ammi, boleh tak kalau nak makan pizza?
Ammi:  Boleh, jap lagi ammi masukkan dalam oven.
Ozil:  Bukan, makan untuk birthday Alip macam birthday semua orang tu...boleh makan kat luar.
Ammi:  Oooooo tapi awak demamlah.
Ozil:  Cuba rasa...panas ke tak?

Hmmmm memang tak panaslah waktu tu.  Siaplah lepas maghrib kang kita keluar gi taman sebelah.


Belum azan member dah siap ambik wudhu'... nampak agak weak tapi tak panas pun badannya.


Ammi order ala kadar je sebab Abah & Ammi macam takde selera pulak nak makan pizza.  Tapi dah orang yang demam tu request mungkin itulah pembuka selera dia...layan jelah.


Sekali dia nak makan sekeping je.  Ehhhhhhhh sapa nak perabis.  Makan lagi satu, makan juga soup tu, garlic bread tu, chicken wings tu.

Tengah-tengah kat restaurant nampak dia menggigil-gigil.  Ohhhh panas balik badan dia rupanya.


Yang sorang kat depan tu buat muka macam "....ishhhhh banyaknya nak kena makan"...tapi kejap tu selesai.  Demam pun berselera kamu ye.  


Hari Sabtu barulah ada acara potong kek sempena kakak ipar ammi buat acara makan-makan adik-beradik kat rumah dia.

Dah alang-alang tu raikanlah sekali untuk para July babies.  Ramai JulaJuli rupanya.  Ada seketul JulaJuli yang dah boleh keluarkan duit akaun 2 EPF dia tahun ni dah balik awal pulak.  Ada kerja katanya.  


Tapi kek untuk budak seketul ni Mandak dia beli asing...sebab dia paling junior katanya.  Bagilah dia seronok sikit kek ada tulisan nama dia kat atas tu.

Tahun ni takde dah morning call dari Muma untuk wish birthday cucu-cucunya.  Selalunya Muma akan jadi orang pertama call dipagi hari wish sebelum cucu gi sekolah.

Al-Fatihah untuk bondaku.

Semoga anakanda bongsu Ammi, Khalif Syafiq membesar menjadi anak yang soleh, menjadi hamba Allah yang tetap imannya, sentiasa merendah diri dan semoga Allah permudahkan segala urusan buat kamu anakku.

Post a Comment

15 Comments

  1. Allahu...memang sekarang wabak demam ni lain macam..Semoga semuanya dikurniakan kesembuhan...

    ReplyDelete
  2. happy birthday Khalif..moga jadi anak yg soleh.. sian bday boy demam yer, ingat percutian kat mana...ha ha ha.. Al fatihah buat arwah bonda...moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org yg beriman...aamiin...

    ReplyDelete
  3. Alahai kesiannya birthday boy request piza... happy birthday Ozil

    ReplyDelete
  4. amiin..Ya Robbalalamin..Happy belated birthday Ozil..

    ReplyDelete
  5. Happy birthdayy boy
    semoga cepat sembuh ye.
    skrg ramai anak2 demam.
    sedapp dia mkn pizza

    ReplyDelete
  6. Tengah teruk influenza sekarang kan...demam yang lain macam...kadang siang elok...malam demam gigil2...SA dah kena so tau cane siksanya...happy birthday boy....moga Ozil membesar menjadi anak yang soleh dan disayangi ramai...

    ReplyDelete
  7. Sebak pulak baca pasal morning call tu.
    Aamin…Semoga makbul doa Ammi untuk Khalif.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday buat Khalif, moga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.... anak bila demam ni dia nak makan apa tak sampai hati tak tunaikan

    ReplyDelete
  9. Amin.
    Al-Fatihah untuk Muma.

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Khalif. Moga sihat selalu. Sekarang ni musim demamlah kan.

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Khalif..
    Semoga menjadi anak yang soleh dan menjaga parents dengan baik..
    Al-Fatihah untuk bonda Ammi..

    ReplyDelete
  12. Ingatkan dapat menginap di mana tadi. Happy belated birthday Ozil!

    ReplyDelete
  13. Macam-macam penyakit sekarang ni. Takpe, layankan birthday boy asalkan dia happy dan ada selera nak makan. Happy belated birthday Ozil, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya kelak. Aamiin...
    Penginapan kat rumah pun seronok juga, masa untuk berehat seketika. Rezeki boleh kumpul dan makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  14. Allah.. Dugaan sungguh ye Ammi..
    Happy belated birthday Khalif Syafiq..

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday. Jaga kesihatan musim sekarang ni

    ReplyDelete