Hai Melayu!

Pedih hati bila baca sajak nukilan Datuk A. Samad Said ini.

Sejujurnya Ammi ni bukanlah Melayu tulen kerana lahir hasil perkongsian hidup seorang bapa mualaf India & beribukan wanita berketurunan Jawa. Tetapi Melayu & Islam memang amat sinonim. Ammi bersuamikan lelaki Melayu, ber'anak'kan hasil campuran Melayu, bersahabatkan Melayu, bergurukan Melayu dan berbahasa Melayu. Terasa dekat sangat Melayu dengan ammi. Dan sajak ini buat ammi rasa malu pada diri sendiri.  Ayuh bangkitlah Melayu!

HAI MELAYU..


Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina kontrak Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yg berkuasa,
Bangla control cuci kereta,
Org Nepal yg menjadi jaga,
Org Pakistan usung karpet jaja merata,


Lalu melayu ada apa?
Harapkan Ustaz..
Saling menyesat,
Harapkan hiburan..
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa..
Byk telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan..
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah..
Byk digadai kpd Korporat!!


Hai Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah org atasan,
Konon perjuangan ini utk kalian!
Kerja sikit.. Sembang kencang,
Byk rungut.. Sikit rancang,
Siapa tegur.. Dituduh lancang,
Duduk warung.. Gigit kacang!


Hai Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bkn cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa Melayu tak mcm dulu..


Hai Melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,
Cuma yg kau tahu melaram bergaya.


Hai Melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,
Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!


Hai Melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!


Hai Melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Bukalah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
Engkau pun Melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki
Sesama bangsa harus guris,
Sesama bangsa Melayu pun kau SANGGUP MENIPU


Bersatulah Melayu kerana agama dan bangsa,
Moyang-moyang yg tlh berjasa,
Krn ini mungkin peluang akhir
Bangsaku utk negara,
Berjasa dan Berkuasa..
Pedih menyengat..
Utk muhasabah diri kita.


Jika Tak Nak Berubah,
BETULKAN YG BIASA,
BIASA KAN YG BETUL. jika tak berubah sekarang.,,,..,
Teruslah Jadi Melayu
Yg Layu Di Tanah Sendiri

Post a Comment

10 Comments

  1. Tengok parti politik sudah macam-macam parti melayu ada bangsa lain mana ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan...berpecah-pecah, berpuak-puak

      Delete
  2. begitulah... melayu ni mmg mudah lupa... selalu take for granted.. sy pure melayu pun sedih generasi melayu sekarang tapi Allah takkan mengubah nasib sesuatu bangsa tu kecuali mereka sendiri yang berusaha mengubahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye setuju...kadang2 ada yang bersikap sambil lewa. We don't grab the opportunities

      Delete
  3. betul lah kata pepatah kan "melayu mudah lupa" ...

    ReplyDelete
  4. Apa yang tertulis dalam sajak itulah realiti yang ada sekarang kan.
    Sedih dan ada masih yang tak sedarkan diri.
    Jangan bangsa lain pula ambil tanah melayu kita.

    ReplyDelete
  5. menusuk ke kalbu, tapi hakikatnya memang betul semua apa yang tertulis di situ

    ReplyDelete
  6. Aduhaiiiii rasa kena tempeleng je muka bila baca sajak ni. Tapi memang semuanya betul. Sedih juga bagaimana dengan anak-anak cucu cicit kita di masa hadapan nanti.

    Pss ammi kacukan rupanya patutle unik paras rupa.

    ReplyDelete
  7. Risau dengan agamawan Melayu Islam sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. Menusuk tepat ke hati.. semuanya kenyataan..

    ReplyDelete