Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan sebaik-baik hari. Banyak perkara-perkara sunat yang digalakkan dibuat pada hari Jumaat dan antaranya adalah memotong kuku.
Sebenarnya menurut sumber dari Pejabat Mufti WPKL, tidak terdapat nas hadis sahih yang menyebut berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu dan/atau kelebihan-kelebihan yang khusus.
Walaubagaimanapun, ada beberapa riwayat daripada para sahabat yang menunjukkan kebiasaan mereka memotong kuku pada hari Jumaat.
Antara riwayat para sahabat adalah:-
- Ibnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244)
- Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
- Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
Oleh itu, perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana agama Islam sentiasa mengutamakan kebersihan. Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Sebaik-baiknya pemotongan kuku dilakukan pada pagi hari Jumaat.
Kelebihan memotong kuku hari Jumaat
Rasulullah ﷺ pernah bersabda bahawa ada kelebihannya memotong kuku di hari Jumaat.
Dijauhkan dari keburukan
من قلم أظفاره يوم الجمعة ..وقي من السوء إلى مثلها
Barangsiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, maka ia akan dijauhkan dari keburukan sehinggalah Jumaat berikutnya - hadis riwayat At-Tobarani
Dikeluarkan penyakit dan diberikan kesembuhan
من قص أظفاره يوم الجمعة..أخرج الله منه الداء، وادخل فيه الشفاء
Barangsiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, nescaya Allah akan keluarkan darinya penyakit dan memasukkan kesembuhan di dalamnya - hadis riwayat Ibnu Batutah
Kaedah memotong kuku
Pandangan Imam Al-Ghazali
Memotong kuku dimulai dari tangan kanan dahulu.
Dimulakan dengan jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking (4 jari dahulu).
Kemudian sambung dengan jari kelingking kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk, ibu jari kiri dan berakhir dengan ibu jari kanan.
Pandangan Imam An-Nawawi
Mulakan dengan jari tangan kanan yang dimulai dari jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking dan ibu jari
Diikuti dengan tangan kiri: jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari
Selepas Memotong Kuku
Adalah digalakkan untuk tanam kuku setelah potong dengan mengucapkan dua kalimah syahadah agar menjadi saksi di akhirat berdasarkan firman Allah:
یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
[Surah An-Nûr: 24]
Pandangan ini disebutkan oleh Al-Arif Billah Al-Habib Alawi bin Muhammad bin Thohir
Moga kita dapat menghidupkan sunnah memotong kuku hari di Jumaat
Catatan:
8 Comments
Sunnah hari Jumaat tapi kadang terbabas potong hari lain jugak huhu. Salam Jumaat, Ammi. Selamat berhujung minggu.
ReplyDeleteMana baik kita amalkan.
ReplyDeleteNice sharing. Tapi Fiza kekadang ada jugak Potong hari lain. Hehe...
ReplyDeletekadang2 tu sbb kuku dh panjang terpaksa potong hari lain
ReplyDeleteseboleh2 memang tunggu jumaat baru potong kuku unless..dah leh tunggu lagi..
ReplyDeleteMemang selalu cuba nak potong kuku hari Jumaat, tapi bila dah ngeri tengok kuku sendiri, terpaksa juga potong hari lain.
ReplyDeletekadang2 terlupa nak potong hari jumaat mcm last week. arini mama dh potong kuku sebab tak tahan dh panjang.. rugi dah kelebihan hari jumaat
ReplyDeleteSelalu cuba buat sunnah ini.. Walaupun kadang2 terbabas.. hehehe
ReplyDelete