Kelebihan Memotong Kuku di hari Jumaat

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan sebaik-baik hari.  Banyak perkara-perkara sunat yang digalakkan dibuat pada hari Jumaat dan antaranya adalah memotong kuku.

Sebenarnya menurut sumber dari Pejabat Mufti WPKL, tidak terdapat nas hadis sahih yang menyebut berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu  dan/atau kelebihan-kelebihan yang khusus.

Walaubagaimanapun, ada beberapa riwayat daripada para sahabat yang menunjukkan kebiasaan mereka memotong kuku pada hari Jumaat.  

Antara riwayat para sahabat adalah:-

  1. Ibnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244)
  2. Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
  3. Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
        (Sumber dari: Pejabat Mufti WPKL)


Oleh itu, perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.  Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana agama Islam sentiasa mengutamakan kebersihan. Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah.  Sebaik-baiknya pemotongan kuku dilakukan pada pagi hari Jumaat. 


Kelebihan memotong kuku hari Jumaat

Rasulullah pernah bersabda bahawa ada kelebihannya memotong kuku di hari Jumaat. 

Dijauhkan dari keburukan

من قلم أظفاره يوم الجمعة ..وقي من السوء إلى مثلها 

Barangsiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, maka ia akan dijauhkan dari keburukan sehinggalah Jumaat berikutnya - hadis riwayat At-Tobarani 


Dikeluarkan penyakit dan diberikan kesembuhan

من قص أظفاره يوم الجمعة..أخرج الله منه الداء، وادخل فيه الشفاء

Barangsiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, nescaya Allah akan keluarkan darinya penyakit dan memasukkan kesembuhan di dalamnya - hadis riwayat Ibnu Batutah


Kaedah memotong kuku

Pandangan Imam Al-Ghazali

Memotong kuku dimulai dari tangan kanan dahulu.  

Dimulakan dengan jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking (4 jari dahulu).

Kemudian sambung dengan jari kelingking kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk, ibu jari kiri dan berakhir dengan ibu jari kanan.


(Sumber:  Google)

Pandangan Imam An-Nawawi

Mulakan dengan jari tangan kanan yang dimulai dari jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking dan ibu jari

Diikuti dengan tangan kiri: jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari


Selepas Memotong Kuku

Adalah digalakkan untuk tanam kuku setelah potong dengan mengucapkan dua kalimah syahadah agar menjadi saksi di akhirat berdasarkan firman Allah:


یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ 

[Surah An-Nûr: 24]


Pandangan ini disebutkan oleh Al-Arif Billah Al-Habib Alawi bin Muhammad bin Thohir


Moga kita dapat menghidupkan sunnah memotong kuku hari di Jumaat



Catatan:
Perkongsian dari saudara Abu Abbas Muhammad Shahir yang telah dipinda untuk disesuaikan dengan konten blog.

Post a Comment

8 Comments

  1. Sunnah hari Jumaat tapi kadang terbabas potong hari lain jugak huhu. Salam Jumaat, Ammi. Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Tapi Fiza kekadang ada jugak Potong hari lain. Hehe...

    ReplyDelete
  3. kadang2 tu sbb kuku dh panjang terpaksa potong hari lain

    ReplyDelete
  4. seboleh2 memang tunggu jumaat baru potong kuku unless..dah leh tunggu lagi..

    ReplyDelete
  5. Memang selalu cuba nak potong kuku hari Jumaat, tapi bila dah ngeri tengok kuku sendiri, terpaksa juga potong hari lain.

    ReplyDelete
  6. kadang2 terlupa nak potong hari jumaat mcm last week. arini mama dh potong kuku sebab tak tahan dh panjang.. rugi dah kelebihan hari jumaat

    ReplyDelete
  7. Selalu cuba buat sunnah ini.. Walaupun kadang2 terbabas.. hehehe

    ReplyDelete