Sambung tentang trip to Kenyir Boat House.

Kitorang boleh naik ke boathouse hari Ahad...hari Sabtu boat dah fully booked.  Ahad pun Ahadlah...so masing-masing dah siap-siap ambil cuti hari Isnin dan ada juga yang lajak terus sampai Selasa.  

Pagi Ahad tu kami bersarapan pagi di chalet tu.  Banyak juga hidangan yang disediakan secara buffet.  Tapi haram sekeping gambar pun tak ambik sebab masing-masing busy susun barang dalam kereta.  Sibuk tumpang barang kat kereta si polan...si polan pindah barang ke kereta si polan lain.  Masa mak-mak & ayah-ayah sibuk susun barang kita suruh je anak-anak gi makan dulu.


Sebelum bergerak... Pak Lang mengepalai bacaan doa.  Doa semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat, semoga segala urusan kami didarat & ditasik dipermudahkan dan macam-macamlah...


Lepas doa sempat pulak dua budak kecik ni berkomplot dengan MakLangnya.  Tau-tau Mak Lang allocate tempat duduk je untuk 2 ketot ni.  2 budak ni memang kalau dah berjumpa memang tak berpisah.  Lahir selang sebulan...beraqiqah, berendoi bersama, sampai ke sudah.  

Mula-mula MakLang letak Ozil kat depan...tapi dia cakap dengan Maklang.."I cannot sit in front, I'm batuking".  Batuking pun bolehlah nak.... its coughing dear.  Terus pindah duduk belakang.


Masa ni dah nampak sign Tasik Kenyir...terus rasa menggelitin hati.


Arahan-arahan yang diterima dalam group.  Baik bossss.

Around 8.30 kitorang tiba kat kawasan parking boat house.


Nak unload barang dari kereta masuk ke boat pun mencabar guys.  Jalan ni menurun sikit pastu berbatu-batu.  Silap langkah mau macam ko main gelongsor kat situ karang.

Dah naik ke boat masing-masing pergilah gerak ke boat masing-masing.  Pembahagian dan dibuat.  Satu boat tak boleh lebih dari 25 orang.


Kami di boat 1.  Kitorang dapat bot Impiana.
Boat 2 - diberi nama Pesona 2.

Lain-lain rupanya pengendali boats ni...masa jalan asing-asing tapi bila dah sampai dan dah park dua bot ni akan park sebelah2...jadi kitorang boleh je gi boat sebelah menyibuk kat dapo sana...karok kat bilik karok sana.

Dan masa kitorang atas boat...nampak ada satu boat tu lalu...lawa gila exterior boat tu.  Macam rumah kampung.  Cantik.



Ada gambar tuan tanah blog rupanya...


Sebelum boat bergerak ke destinasi.  Masing-masing tengah sibuk eh kita duduk mana? bilik kita yang mana? awak bilik berapa? ha gitu.  Barang-barang ammi, ammi dah kerahkan waris-waris yang bertiga ni selesaikan lepas dapat nombor bilik.  Tak kuasa ammi korang ni nak naik tangga turun tangga boat tu.


Tok Abah & Nemi bersama cucu sulung kami.  Mujur ada dia ni...takde line telefon..ada dia ni memang penyeri betul.  

"Atok, atok tak pakai kasut.  Sawa (Sara) pakai kasut".



Harga.  Sejujurnya ammi tak tau pun berapa harga untuk satu boat sebab harga yang kami bayar untuk satu family cuma RM470.00 je termasuk penginapan hari sebelumnya di Kuala Berang tu.  Masa bayar abah macam..eh apsal murah sangat? Ni harga betul ke harga cubaan?  Rupanya ada adik-beradik yang sponsor.  Alhamdulillah.  Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik buat yang menaja penginapan kami semua.  Ammi macam boleh jangka sapa yang sponsor tapi dah orang yang menaja nak namanya dirahsia.  Nikmat mana lagi yang hendak didustakan?  Nikmat ada adik-beradik ipar yang tak berkira, tak menceceh belakang-belakang, tak membawang pun satu nikmat yang besar.

Tapi kalau tak silap ammi harga utk satu boat tidak termasuk penyediaan makanan dalam RM1,800.00 - RM2,000.00.  Kami memang ambil boat semata.  Masak? Ramai boleh masak.  Aterrrr kalau takde aktiviti masak-memasak apa je nak dibuat kat atas boat tu?

Pembahagian masak-masak pun kitorang buat ikut boat juga.  Nanti ammi share menu kitorang ye... ammi nak pulang ke rumah dulu.  Boss kata "u may leave if you want Sheila"... free banget ni harini.  Sampai sempat nak karang ayat kat sini.