Menumpang atau ditumpangi?

Assalamualaikum, Salam Jumaat.

Hampir seminggu tidak berkata-kata diblog.  Rindu juga rasanya nak meluahkan, nak berkongsi tapi komitmen kerja terlalu banyak.  Yang dahulu kita didahulukan.

Ammi pun taktau kenapa semenjak ammi bertukar telephone ni apps Blogger yang ammi download di phone tidak begitu berfungsi bila ammi nak draft sesuatu.  Bila ammi nak berblogwalking pun ammi tak boleh tinggalkan komen sebab katanya ammi tak login ke Google.  Ehhhhhh sah-sahlah Google account to login sepanjang masa.  Entahlah.  Kawan-kawan pengguna iOS tolong bagitau kat ammi macam mana nak selesaikan isu ni.  Terasa bengap pulak otak ni nak berfikir bila nak komen tetiba tak boleh.

Disebabkan agak busy minggu ammi ni office.  Busy dengan masalah permohonan di Mahkamah ditolak semasa pendengaran (ini boleh mendatangkan stress bukan saja pada boss tapi pada ammi juga ok), busy dengan translation, busy dengan Accountant sebab nak submit Borang B bagai..alah alah alah.  

Dan blog pun menjadi-jadi habuk dan sawangnya.

Tapi haritu masa lepas sarapan pagi dengan abah, on the way nak ke office sewaktu berhenti di lampu isyarat, ammi nampak satu kereta ni.  Kereta besar dan mahal gak uollss..bukan kereta cikai-cikai macam kereta ammi... ada pokok tumbuh kat pintu kereta tu.


Kereta ini pun jadi tempat sawang juga ke? 
Tapi rasanya ini parking hot di kawasan hot yang mana penguatkuasa dari Majlis Bandaraya kawasan ni memang rajin buat kerja...takkan jadi tukun kat situ.  Sesuai ke perkataan tukun ini sebab tukun diamnya di air kan?  Ke ammi salah?  Malas pulak nak check di kamus dewan.

Anggap sajalah pokok itu pun pandai memilih.  Dia pilih kereta mahal-mahal je.
See nak menumpang pun kena pandai pilih juga...jangan main tumpang sembarangan aje.

Post a Comment

11 Comments

  1. suburnya pokok itu sbb boleh tumbuh di celah pintu kereta..

    ReplyDelete
  2. Pernah juga jadi macam tu, bila guna apps blogger. last2 terus tak guna, buka di website chrome je di phone. lebih kurang mcam buka dengan lappy.

    ReplyDelete
  3. tumbuh subur di kereta mahal...hehe..ruginya beli keta mahal, tapi x pakai..

    ReplyDelete
  4. Pokok pun ada taste!

    Alaaa... dia pun nak hidup juga....

    ReplyDelete
  5. High taste agaknya pokok ni Ammi :D
    Maaf, tak tahu nak tolong pasal apps Blogger tu.

    ReplyDelete
  6. Takkan kereta mahal itu jadi tukun.
    Oh saya buka di Chrome. Kalau di iOS mungkin buka di laman sesawang Safari. Ini cadangan. Hehe tidak pernah buat buka di Safari.
    Kalau berjaya beritahu ya. Tq.

    ReplyDelete
  7. IOS tak taula kak nak tolong cmane.. Semoga dipermudahkn urusan

    ReplyDelete
  8. pokok tumpang pun tgk kereta ek :) ha ha ha ha
    nak berjalan selesa la tu nanti.

    ReplyDelete
  9. ha ha ha..mcm pelik je plak, sampai tumbuh pokok kat tepi kereta..emmm

    ReplyDelete
  10. wah nampak sangat kereta tu tersadai lama sampaikan pokok pun boleh menumpang hidup. Ala ammi....saya lagi le tak reti nak bukak blog pakai phone sebab tu lagi bersawang blog saya. huhuhu padahal ada je idea.

    ReplyDelete
  11. Lama sangat tu sampai tumbuh pokok..

    ReplyDelete