Gambar ni dah lama sebenarnya...sekitar bulan February dulu. Tapi sebab rupanya yang buruk makanya tak sampai hati nak letak kat sini.
Tapi semalam ternampaklah SK buat posting pasal crab rangoon. Baru teringat kita pun pernah walaupun rupanya huhuhuhu...ngeri.
Ammi buat berduet dengan Kyra...kalau sorang-sorang memang tak kuasalah hai nak buat. Sememeh betul bila anak dara yang diberi tugas untuk satukan bahan-bahan.
Nak bentukkan macam yang orang selalu buat tu tak jadi...menyakitkan hati betul. Sudahnya dapatlah macam-macam bentuk camni. Gambar yang dah siap digoreng ammi snap direct kat group whatsapp jadi dia tak duduk dalam gallery.
Part menggoreng tu pun satu hal jugak...fail forever. Sebab tu kalau ada kenduri kendara ammi jarang sungguh ambik bahagian "menggoreng". Ammi rela duduk di bahagian potong-memotong, cuci-mencuci, tumbuk, blend.
Tapi sekurang-kurangnya saya pernahlah cuba buat resipi viral ni. Anak-anak suka, abahnya tak berapa sebab dalam tu ada rasa masam manis (sebab letak cream cheese).
9 Comments
Takper try lg nanti.
ReplyDeleteakak x penah mkn ni
rupa x penting, janji rasa sedappp. tapi anak2 kureng suka, sekali je la yer.. kann
ReplyDeleteKetam tu kene hiris nipis ammi baru mudah bila nak jadikan inti, pastu api kene kecik tak boleh besar kang geseng hahahaah... tp janji udah pnh buat kan
ReplyDeleteTak pernah lagi try buat crab Rangoon ni. Hehe...
ReplyDeletePart menggoreng perlukan kesabaran Ammi. Samalah kita, kalau Musim kenduri kendara lebih rela di bahagian memotong, mencuci atau mengelap.
tak cantik tak apa ammi..rasa yg penting..hehe...
ReplyDeleteYang penting, sedap, kan. Tergelak pulak kita, bukan ketawakan CR Ammi, tapi ayat Ammi tu, hehehe.
ReplyDeleteboleh cuba lagi. saya pun kurang berseni. kalau kenduri selalu pilih bab cuci pinggan sebab saya kaki mengemas
ReplyDeleteTakpe bioleh cuba lagi sekali tu Ammi.mana tau cubaan kali ni menjadi plak...SA jangan cakap la...siyes x reti de
ReplyDeletePercubaan pertama.. Lepas nie kalau buat lagi mesti makin ok..
ReplyDelete