Sebab terpengaruh dengan Sha yang suka sangat membaca buku secara fizikal mahupun ebook...maka ammi pun gigihlah download apps PNM e-Reader tu.  Nak meminjam buku fizikal kat library ntah tahun bila pulak nak jejak kaki ke library.  Jadi kita pinjam e-book jelah.

Buku pertama yang ammi pinjam kat PNM e-Reader ni adalah Penunggu by Siti Rozilah.


Mengisahkan tentang sebuah Kampung Busut Tunggal yang ada sejarah hitamnya yang tersendiri.  Setiap kali bulan Mei menjelma pasti ada saja kejadian tidak diingini berlaku.

Kembali ke tahun penjajahan askar Jepun di Tanah Melayu, ada seorang perempuan Cina bernama Mei Ling (yang telahpun bernikah dengan seorang pemuda Melayu).  Ramai lelaki yang tergila-gilakan Mei kerana bukan sahaja dia sorang je anak gadis Cina di kampung tersebut tapi dia memang cantik.  

Disebabkan askar Jepun mula mengganas, maka penduduk kampung telah lari masuk ke hutan agar keluarga mereka tidak dibunuh atau diapa-apakan oleh tentera Jepun.  Lari dari mulut buaya, masuk pulak mulut naga.  Begitulah keadaan Mei.  Dia yang ketika itu sedang hamil diculik oleh 4 orang lelaki Melayu yang sakit hati kerana Mei menolak cinta mereka.  Mei di bawa masuk ke tengah hutan, diperlakukan seperti binatang dan akhirnya nyawanya berakhir di Gua Hitam.

Kembali ke masa kini, Dazrin dan Meilina (pasangan yang telah bertunang) adalah antara ahli kelab ekspidisi.  Ekspidisi seterusnya adalah ke Gua Hitam.  Belum pernah ada manusia selepas kejadian dulu yang berani masuk ke gua walaupun penduduk kampung itu sendiri.  Hasrat kumpulan itu dihalang oleh Pak Ya.  Lebih memeranjatkan apabila Pak Ya terpandang akan Meilina...dia terkejut kerana rupa paras Meilina saling tak tumpah macam Mei Ling.  Adakah ini satu kebetulan...

Di sebalik kemesraan Dazrin dan Meilina ada orang lain yang mencemburui mereka.  Fazura.  Akibat cemburu dia terjebak dengan sihir untuk memisahkan dua pasangan itu dan bukan saja itu dia juga terikat dengan janji syaitan.  Dan bomoh yang menjadi "syaitan" itu adalah salah seorang yang menculik, merogol dan mengambil nyawa Mei Ling.  

Meilina sering terdengar suara yang menyuruhnya membalas dendam...siapa yang menyuruhnya?  Apa kesudahannya? Bacalah sendiri.

Cerita ni agak kait berkait.  Laju je ammi baca e-book ni walaupun agak tebal juga sebab tak sabar nak tau kesudahannya.

Ammi bagi 3.5 / 5 stars.