Hampir sebulan ammi tak top-up kad RapidKL sebab RapidKL bagi tambang percuma selama sebulan bermula pada 16.6.2022.  

Jadi sebab tempoh sebulan dah tamat ammi pun top-uplah kad ammi.  Sekali bila dapat resit umangaiiiiii panjang sungguh.  Panjang-panjang ni nak pergi mana?


Resit tu lagi panjang dari pembaris panjang yang 30cm tu.  Pastu ada 2 helai.  Panjang-panjang pastu sampai dua helai nak buat apa?  Nak membazir ke?

RapidKL perlu buat sesuatu untuk simplify receipt ni.  Tak perlu nak cerita macam-macam benda kat dalam tu.  Cukup setakat ada nombor kad, berapa topup, berapa balance.  Dah....

Ammi kat office ni punyalah cuba meminimumkan penggunaan kertas.  Mana yang boleh save online kitorang akan save online instead of print.  Kalau draft yang berlambak-lambak untuk dicheck tu, kitorang print atas rough papers je.  Kalau setakat nak boss ammi approvekan surat atau cause papers yang less than 10 pages ammi tak print pun.  Ammi akan simpan kat folder "bypass" kitorang yang mana kitorang boleh access dari mana-mana pun.  Lepas dia check, amend, approve baru ammi print yg final copy sebelum kita issue out.  Biasanya kalau amend gini dia akan buat track changes...jadi ammi taulah kat mana dia amend.

Pastu ammi memang dari dulu akan buat ammi punya notebook guna rough papers.  Jaranglah nak membazir beli buku semata nak conteng-conteng nota.


Abaikanlah tulisan ntah hapa-hapa tu.  Kadang-kadang sendiri tulis sendiri tak paham.

Ammi sedih pulak rasa bila benda boleh jimat ni tapi orang taknak jimat.  

Ok sekian membebel....