Rakyat marhaen je ke kena berjimat?

Hampir sebulan ammi tak top-up kad RapidKL sebab RapidKL bagi tambang percuma selama sebulan bermula pada 16.6.2022.  

Jadi sebab tempoh sebulan dah tamat ammi pun top-uplah kad ammi.  Sekali bila dapat resit umangaiiiiii panjang sungguh.  Panjang-panjang ni nak pergi mana?


Resit tu lagi panjang dari pembaris panjang yang 30cm tu.  Pastu ada 2 helai.  Panjang-panjang pastu sampai dua helai nak buat apa?  Nak membazir ke?

RapidKL perlu buat sesuatu untuk simplify receipt ni.  Tak perlu nak cerita macam-macam benda kat dalam tu.  Cukup setakat ada nombor kad, berapa topup, berapa balance.  Dah....

Ammi kat office ni punyalah cuba meminimumkan penggunaan kertas.  Mana yang boleh save online kitorang akan save online instead of print.  Kalau draft yang berlambak-lambak untuk dicheck tu, kitorang print atas rough papers je.  Kalau setakat nak boss ammi approvekan surat atau cause papers yang less than 10 pages ammi tak print pun.  Ammi akan simpan kat folder "bypass" kitorang yang mana kitorang boleh access dari mana-mana pun.  Lepas dia check, amend, approve baru ammi print yg final copy sebelum kita issue out.  Biasanya kalau amend gini dia akan buat track changes...jadi ammi taulah kat mana dia amend.

Pastu ammi memang dari dulu akan buat ammi punya notebook guna rough papers.  Jaranglah nak membazir beli buku semata nak conteng-conteng nota.


Abaikanlah tulisan ntah hapa-hapa tu.  Kadang-kadang sendiri tulis sendiri tak paham.

Ammi sedih pulak rasa bila benda boleh jimat ni tapi orang taknak jimat.  

Ok sekian membebel....

Post a Comment

6 Comments

  1. Bebel hari jumaat ye Ammi
    Pnjangg betul tu ,sabar je la kan

    ReplyDelete
  2. saya kalau dapat jimat terutama utk transport ni mmg akan grab sebab sebagai rakyat marhaen yang tanpa pekerjaan, dapat berjimat cermat

    ReplyDelete
  3. betul tu ammi kadang kita beria jimat, tapi benda lain kerajaan punya perkhidmatan tak guna pun konsep berjimat cermat

    ReplyDelete
  4. betul kalau dapat pendekkan lagi jimat tu hehee

    ReplyDelete
  5. ye betul..seboleh2 nak jimat papperless, tapi ada jer yang x alert bab ni...

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Kemain panjang resitnya..
    Bab sendiri tulis, kemudian tak faham tu samalah macam Sha.. hehehe

    ReplyDelete