Telah genap 365 hari terputusnya doa tanpa hijab dari seorang insan yang ammi panggil Mama.
Covid-19 menjadi asbab perpisahan kami.
Arwah mama bukanlah penghidap penyakit kronik seperti lemah jantung, kencing manis dan sebagainya yang boleh menjadikan mama berisiko tinggi. Tetapi arwah mama baru sahaja didiagnos dengan Salivatory Duct Cancer pada bulan March 2021 selepas melalui satu episod pembedahan selama 12 jam untuk membuang ketumbuhan di rahang kanannya.
Takdir menentukan... 8.7.2021, arwah mama sepatutnya datang ke rumah ammi selepas tamat rawatan kemoterapinya di Institut Kanser Negara. Tapi hari yang sama kami dikejutkan dengan berita, swab test mama di IKN positif. Rancangan awal untuk ke rumah ammi dibatalkan. Mama terus dibawa balik ke Seremban. Dan semua ahli keluarga di Seremban selepas dibuat swab test menunjukkan tanda positif. Allahu Akbar.
Bermulalah episod seorang demi seorang dimasukkan ke hospital. Bermula dengan abang ipar, diikuti oleh arwah mama dan seterusnya Along ammi. Anak-anak buah ammi ditempatkan di merata Pusat Kuarantin, di Nilai & Port Dickson.
26.7.2021 menyaksikan arwah mama telah tiada daya untuk melawan virus Delta durjana itu. Diambilnya mama dari kami dalam keadaan kami tidak bersedia.
Tiada ciuman terakhir, tiada sentuhan terakhir.....tiada. Yang ada hanyalah gambar terakhir ini.
Semoga arwah mama, Muslimah binti Wirio ditempatkan disebaik-baik tempat dan dikalangan orang-orang yang beriman dan segala amal kebaikan mama disepanjang hayatnya diterima Allah.
Benarlah...hilangnya seorang ibu seperti hilangnya seri di dalam rumah. Hilangnya tempat rujukan, hilangnya tempat mengadu, hilangnya tempat bergurau senda.
10 Comments
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalang orang beriman...
ReplyDeleteAl-Fatihah bonda Ammi juga Bonda Sis..
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah mak akak. Varian Delta antara yang paling teruk simptomnya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
ReplyDeleteAllahu....sedih baca entry ko hari ni.. Al Fatihah buat arwah Ibu mu..moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin.. doa seorang anak takkan putus buat ibu ayah nya.. keep on praying & bersedekah on behalf of them... hugs dear... "kesayangan kita biar Allah yg jagakan"
ReplyDeleteAamin aamin aamin, moga arwah mama ditempatkan di kalangan para solihin 🤲
ReplyDeleteSedih baca yang pergi sebab covid ni. Semoga roh arwah mama Ammi ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
ReplyDeleteamin2..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman & beamal soleh..
ReplyDeleteAl Fathah. Satu kehilangan yang pasti dirasai sampai hujung nyawa kita...
ReplyDeleteAl- Fatihah....rindu pada orang yang dah tiada di dunia memang rindu yang menyakitkan...
ReplyDeleteAl Fatihah buat bonda Ammi..
ReplyDelete