Ammi ingat lagi masa Kyra kecil, suka betul dia main game berunsurkan restoran dan masakan kat handphone ammi. Bila time banyak order masuk menggelupur dia nak siapkan. Pastu lari minta tolong "help me"..."help me". Bukan saja main game masak-masak, membantu kat dapur pun rajin juga.
Sekarang ni pun dia ada satu game restoran yang dia suka sangat main. Asal balik dari asrama on phone terus masuk "dapur" dia. Rindu sangat dengan dapur dia tu.
Ni dok jumpa satu website yang ada sediakan game berunsurkan Food & Cooking Games untuk kanak-kanak. Bukan kanak-kanak je terjebak, mak budak ni pun terjebak sama. Acaner ni?
Macam-macam permainan online ada disediakan di satu
platform. Kita pun jadi tak risau anak-anak ni tersalah pilih game.
Sweety Cooking Chocolate Cake ialah permainan mudah yang membiasakan kanak-kanak dengan dapur dan mengikut resipi. Ia lebih kepada video pengajaran yang boleh dimainkan berbanding permainan & paling sesuai untuk kanak-kanak kecil dalam darjah satu atau ke bawah.
Sambil main anak-anak ini akan belajar perkataan-perkataan yang Ammi dia selalu guna kat dapur sebab sebelum mula memasak dorang kena cari dulu barang yang diperlukan di "Pick" tu. Walaupun ammi kat dapur cakap bahasa Melayu...tapi at least membantu untuk dorang buat karangan, membantu vocab juga.
Guess the Food pun best juga. Ni permainan ejaan mudah di mana kanak-kanak diberi "tiles" huruf untuk diletakkan dalam susunan yang betul dari kiri ke kanan untuk mengeja makanan yang digambarkan di atas. Bagus pada ammi, disamping hanya tau makan kena juga tau how to spell kan.
Ice Cream Bar merupakan permainan simulasi 20 peringkat yang perlukan kelajuan dan kepekaan anak-anak untuk sediakan "order" dari pelanggan. Lambat siap mengamuk pelanggan tu. Makin lama makin banyak yang di"unlock" dan lagi menggelupur nak siapkan order. Tapi best...jadikan anak-anak cekap dalam mengendalikan mouse, cekap memerhati dan paling penting....laju bertindak. Kalau terhegeh-hegeh alamatnya kalah le.
Selain dari game yang ada kat atas ni macam-macam lagi game yang ada. Kalau tak dipantau mau seharian juga anak-anak ni tak bangun dari meja. Mau zohor kemana, asar kemana nanti.
Ammi prefer anak-anak main game camni rather than game yang ntah hapa-hapa. Tapi tulah...bukan setiap masa kita boleh pantau apa yang anak-anak "zaman ini" main sebab dorang lagi advance dalam berteknologi. Pandai je nak split screen, share screen tanpa di ajar. Ammi pun tak reti wei..
6 Comments
Menarik jugak game ni, Ammi. Kita skrg main The Sims. Sim di hp tak mencabar macam zaman main kat pc dulu2.
ReplyDeleteMacam2 idea je orang buat game ni kan?
ReplyDeleteBukan anak-anak jer main ni emak2 join sekaki hahaha
ReplyDeleteMenarik, boleh mengasah minda.
ReplyDeletejgn kata anak2..aku pun suka game masak2 ni.. ha ha ha..leh try layan ni
ReplyDeleteAini tgk bila Aisyah main game masak dia kita pun join sekali..haha
ReplyDelete