Alhamdulillah...saya bangga menjadi alumni UiTM. Bila ada yang kata ITM ranking jauh ke bawah jika dibandingkan dengan U lain di Malaysia...i care less.
Ammi mula menjejakkan kaki ke ITM Mei 1997. Masa tu namanya masih Institut Teknologi Mara. Yuran belajar pun bawah RM300.00. Nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan?
Masa tu ammi ambil Kursus Diploma Sains Kesetiausaan Eksekutif di bawah Kajian Sains Kesetiausahaan. Belum jadi fakulti pun. Kawan-kawan yang masuk U lain tanya...ko masuk fakulti apa? Jadi blur masa mula-mula. Fakulti? Mende tu?
26.08.1999 kurang seminggu dari hari lahir ammi yang ke 20 ITM telah dinaiktaraf menjadi Universiti. Ammi dan rakan-rakan sepatutnya menjadi salah seorang yang menyaksikan detik peristiwa ni di Stadium Malawati. Tetapi apakan daya...transport kami nak ke situ rosak pulak tiba-tiba. Bukan rezeki kami.
Ingat lagi siang tu ammi call arwah Aca "Ca...today I'm meeting Dr. Mahathir"...macam dapat jumpa depan-depan dia punya berlagak. Sudahnya pegi pun tak dapat.
Selepas pengisytiharan baru nama kajian ditukar kepada Faculty of Office Management...nama melayu jadi apa? Fakulti Pengurusan Pejabat? Ntah lupa pulak...ammi sempat beberapa bulan je dengan nama baru ni sebab tahun 2000 ammi grad. Tapi kitorang maintain dengan panggilan budak SS instead of budak OM.
Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putera-puteri nya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...USAHA, TAQWA, MULIA
3 Comments
Bermula sebagai ITM dan kemudianya diiktiraf menjadi U.. Memang terbaiklah UiTM..
ReplyDeleteEh, sama la kita. Saya itm jengka, pahang. Intake Disember 96. Yuran dah la murah, sekali dengan makan pulak. Kenangan betul, makan dengan tray di dewan makan. Saya pun ramai kawan dengan budak-budak SS dulu. :)
ReplyDeleteSy kat Shah Alam
Delete