Semenjak dah terror baca e-book bukan main lagi ammi pinjam satu buku ke satu buku. Jimat sikit duit membeli physical book.
Ammi rasa lately ammi suka baca genre yang mistik gini. Kalini ammi pinjam buku Jangan Biar Dia Masuk karya A. Darwisy. Best sangat penceritaan dia.
Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat Ambarningsih, Ambarsari dan Ambarwati yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.
Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam orang minyak itu. Mereka ketakutan. Mereka masih diburu walaupun mereka adalah keturunan ke-4 dari salasilah keluarga mereka.
Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan!
Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?
Pada Ammi, buku ni penuh dengan rasa seram. Dan once you start reading it, it will be hard for you to hand it down. Jadi tak sabar nak tau siapa? Sebab apa? Kenapa?
Di akhir cerita, keturunan ke-4 orang minyak itu yang rupanya orang yang dekat dengan mereka berjaya diperangkap namun.....ada mata yang melihat sesuatu yang lain.
Moralnya jangan sesekali menyekutukan Allah...kerana Syaitan ini memang licik dan penuh dengan penipuan.
Nak cari sambungan buku ni kat e-book tapi tak jumpa lagi.
8 Comments
Kita ada semua novel tulisan Nua. Semuanya kerana JBDM.
ReplyDeleteNua ni sapa SK? nama penulis tu ke?
DeleteRamai orang cakap baca ebook tak sama dengan baca buku fizikal... Pada uncle sama je... Kalau surat khabar pun semua orang dah terima tukar ke portal berita... buku pun boleh la....
ReplyDeleteMenarik, suka jugak cerita misitik gini tapi sekarang jarang membaca dah, lebih pada tengok kat tv terus... Baru ni ada beli buku.. tapi x habis habis baca.. nanti nak review lah.. huhu
ReplyDeleteMenarik ceritanya ni.
ReplyDeleteRajin Ammi
ReplyDeleteSaya hanya berani baca tajuk...ðŸ¤
ReplyDeletesuka dari dulu cuma sekarang ni lebih kepada true crime. Kalau mistik ni baca yang kisah benar..
ReplyDelete