Ramai je orang sekarang ni especially para remaja yang claim diri mereka bipolar, ada anxiety... janganlah self-claimed benda-benda macam ni guys. Tau tak orang seboleh-bolehnya nak dihindari dari penyakit-penyakit berkaitan mental ni, korang bangga pulak melabelkan diri seorang yang mempunyai "bipolar", "anxiey". Sebelum melabel diri tu ada dapat pandangan pakar?
Ada juga yang melabelkan diri sebagai OCD padahal mereka bukanlah OCD. Mereka cuma perfectionist.
Apa itu OCD?
Obsessive-Compulsive Disorder atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai Gangguan Obsesif-Kompulsif (OCD).
OCD adalah gangguan mental yang menyebabkan penderitanya untuk melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang. Sesetengah orang boleh mempunyai kedua-dua obsesi dan paksaan. OCD bukan tentang tabiat seperti menggigit kuku atau memikirkan fikiran negatif.
Gejala OCD ni terdorong oleh fikiran obsesif untuk menghindari rasa takut dan cemas. Biasanya penderita OCD ni sedar akan perkara ini tapi tindakan berulang tu sebagai satu cara untuk "memastikan".
Penyebab OCD
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya OCD antaranya ialah faktor genetik, pengaruh lingkungan dan perubahan pada senyawa kimia otak.
Gejala OCD
Antara gejala yang paling umum bagi OCD adalah
- rasa takut (takut pada kotoran, kuman, api),
- sentiasa berasa ragu (was-was telah menutup dapur, was-was telah mengunci pintu)
- melakukan rutin yang sama dan kaku
- mengira / menghitung
- sering mengulangi sesuatu perkataan di dalam otak
Apa itu perfectionist?
Menurut Kamus Dewan, perfectionist tu maksudnya seseorang yang mencari kesempurnaan.
Contohnya bila iron baju, dia akan iron segala sudut yang nampak nyata, yang tersembunyi whereas kalau orang normal biasanya iron di tempat yang nyata nampak. Contohnya bila pakai baju kurung...takdelah kita iron kainnya dari pingang sampai ke hujung kaki (itu ammi....korang mungkin iron)... sebab ammi bukan perfectionist...jauh lagi dari OCD ahakss.
Ada orang yang sambil lalu dia nampak frame yang tergantung tu tak balance dia akan betulkan (perfectionist)...ada orang lalu dan abaikan je. Ha gitu.
13 Comments
teruk jg OCD..sampai boleh cederakan diri sendiri...kekdg stress jg jd perfectionist..chill je..hehe..
ReplyDeleteyelah OCD kalau kerap basuh tangan selang seminit pun mmg boleh cederakan diri juga...jadi kering kontang tangan
Deleteiya... perfectionist bukan satu kesalahan. Apa salahnya menjadi seorang yang sukakan kesempurnaan. Yang jadi masalah ialah OCD... Penuh was was, rasa tak puas hati, buat kerja berulang ulang... minta dijauhkan aje lah
ReplyDeletekan...setuju. perfect sewaktu buat kerja tu bagus. siapa je tak sukakan kesempurnaan...tapi yg OCD ni memang kesian.
DeleteKena faham betul-betul kan.. agar tak keliru.
ReplyDeleteye.. ni tak faham perbezaan pastu sibuk bangga kata diri sendiri OCD padahal dia cuma nak yg paling best je
DeleteBetul tu.. OCD perlukan rawatan. Tapi ramai je yang claim diri ada OCD.
ReplyDeleteHidup as perfectionist ni pun susah juga. Banyak yang tak kena sebab nak betul betul perfect. Sebab tu orang yang perfectionist ni lebih mudah stress berbanding personaliti yang lain
ramaikan yg self claim ni...bangga pulak mereka ahakss
DeleteHihihi
ReplyDeletesaya sangat takut berpasangan dengan perfectionist tapi dalam masa yang sama jangan la kena yang pengotor nauzubillah...
Sebab dua2 tu buat kita penattt🤣🤣🤣
Kadang2 kesian tengok orang Perfectionist ni... sebab macam stress je...
ReplyDeleteTweima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSaya ada sikit masalah OCD tu cuma tak pastilah serius ke tak tapi pernahlah dua, tiga kali patah balik semata-mata nak pastikan dah kunci pintu.. Huhuhuhu..
ReplyDelete