Alhamdulillah.
Pertandingan Bicara Berirama 2022 Bahasa Melayu peringkat KL dah pun berlangsung. Berlangsung secara alam maya je. Cikgu shoot dan submit penyertaan.
Shooting hari Selasa. Hari Ahad balik dari training disekolah (sepatutnya dia masuk asrama terus) tapi dia balik sebab dia demam teruk. Cikgu dah bagi dia paracetamol around 3pm...tapi masa abah jemput dia lebih kurang 5 petang tu masih dedar lagi badannya. Terus bawa ke klinik. Dapat MC.
So, tak dapatlah hantar dia balik asrama petang Ahad tu. Isnin dia MC melepek kat rumah. Ammi balik kerja hari Isnin tu dia kata,
Kyra: Ammi kakak dah sihat, boleh tak malam ni kakak balik asrama?
Ammi: Ishhhh, esok pagi je gi sekolah pastu terus balik asrama.
Kyra: Ala mi. Esok pagi ada shooting. Malam ni cikgu nak buat final rehearsal.
Ammi: Go and ask Abah.
Sudahnya lepas Isya' naiklah motor dua beranak ni ke asramanya. Mujur weiiiii nak balik asrama dia naik motor takyah pakai helmet pun boleh (jangan tiru aksi ini).
Dan akhirnya semalam, ammi tengok kat telegram asramanya ada warden yang share berita gembira. Alhamdulillah.... berjaya jadi johan.
5 Comments
Alhamdulillah tahniah Kyra!
ReplyDeleteLuckily she went back to the school earlier, boleh rehearsal sesama...
Bila jemput Abang di asrama selalu juga nampak kawan-kawan dia balik bonceng motor. Mesti rumah dekat ni :)
Alhamdulillah. Syukur..
ReplyDeleteTahniah kakak, seronok dia demam pun nak cepat sihat sebab dah penat berlatih kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Kyra...suka tengok choral speaking, kreatif!
ReplyDeletewah.. congrats Kyra, berbaloi penat2 training semua.. good luck utk next plak!
ReplyDelete