Assalamualaikum...salam Jumaat.  

Lama tak menaip kat sini.  Kesibukan yang tiada tandingan "Yusoff Taiyoobbbbb".  Eh tiberrrr.

Si bongsu ammi kat rumah ni umurnya dah 8 tahun.  Maknanya last rumah ada bau-bau masham, wangi, bacin baby 6-7 tahun lepas.  Lepas tu...hmmmmm bau jigong je yang tinggal.  Nak-nak bila dorang dah pergi sekolah...bila balik tu alahaiiii tak kuasa betul nak cium.  Dia ni selalu juga suruh ammi cari baby.  Dia nak baby boy katanya.  Ewahhhhhh ingat baby boleh beli kat kedai runcit ke?

Hari Ahad haritu...tengah-tengah ammi lipat kain kat hall lepas Subuh tu, Abah masuk bawak balik baby.  Bawa masuk baby jiran depan rumah ni je pun...bukanlah jumpa baby kat memana pun.  Hahahha...

Budak-budak ni lepas Subuh hari Ahad memang confirmlah tarik selimut balik...tapi bila dengar je suara baby terus cargas walaupun kesian baby tu kena hadap bau mulut tak bergosok gigi abang-abang ni.  


Ini first time Uwais masuk rumah.  Selalu dok agah dia kat luar rumah je.  Sebab risau juga musim-musim gini nak pinjam anak orang.  Budak-budak kat rumah ni kengkadang demamlah, selsemalah, batuklah..risaulah kan berjangkit kat si baby ni karang...satu hal pulak.



Budak-budak ni dok hadap Uwais ni macam Uwais ni KFC pulak.  


Nampak tu...tak lepas pandang langsung.

Dekat nak sejam jugalah si kecik ni dikerjakan...sampailah dia dah start hek sana hek sini...ok.....dah pulanglah ketempat asalmu nak.  Kat rumah sini takde susu yang boleh disuakan.  Kalau ada pun susu sejuk dalam peti ais je.  Kang dah sedap minum susu sejuk dia reject pulak susu mak dia.  Naya pak karim...