Sempena birthday Ammi, kitorang makan 2 hari kemudiannya masa on the way nak balik ke Seremban.  Sebab memang timing dinner kitorang biasanya sebelum waktu Maghrib jadi sedang eloklah singgah je kat area Bangi tu cari apa nak dimakan.  Takde plan nak makan apa pun.  Just roam around kalau rasa nak singgah, kita singgah.  

Pusing-pusing nampaklah kedai ni tersergam indah cantik merah menyala kat tepi jalan.


(Photo credit to Google)

Abah memula tu was-was juga.  Tapi ammi convince cakap kedai ni owned by 2 Malay young men sebab pernah baca kat mana ntah...Abah pun ok.  Ngeri nak membayar ke suamiku?

Ammi sebenarnya tak lapar sangat hari Jumaat tu sebab kat office ammi gatal dok pulun makan subway pastu makan jajan sambil "sembang kari" dengan boss ammi.  Sedar tak sedar habis 4 peket gaklah Mamee kitorang belasah.


Mushroom Soup dia sedap.  Dia datang dengan 2 cute soft buns yang dibelah dua.  Yang ni harganya dalam RM11.90


Abah & Ammi ambil quarter chicken plate.  Harga dalam RM28.90.
It comes with 2 side dishes yang boleh dipilih sendiri.


Kyra kalau ada Mac & Cheese memang itulah pilihan dia.  So dia pilih yang classic - RM16.90


Ni pulak si abang sihat punya.  Bloody Mac & Cheese (Chicken)(RM22.90)


Untuk Ozil ammi ambil kids burger.  Dapat 2 ketul cute burgers dan fries.  Hmmmmm tak habis pun.  Sebab dia sibuk dok perabiskan fries orang lain.  Yang ni harganya less than RM10 rasanya.


Hot latte for 3 of us.  Abah, Ammi & Khilfi.  Nampak...air orang-orang tua jugak dia pilih.  Kakak & Adik nampak chocolate memang itulah dorang pilih...yang tengah ni kopi dicarinya.

Abah tak suka sangat ayam yang abah order...sebab mungkin dah terbiasa makan grilled chicken ada gravynya tapi kat sini agak dry.  Tapi ini American Style Bah... mana nak sama dengan Malaysian style yang biasanya dah diimprovise.

Ok-ok je kat tekak ammi.  Kalau ada orang nak belanja ammi ok je nak makan lagi sekali.  Tapi kalau nak bayar sendiri macam takyahlah ahaksss.. kita makan western food kat kedai mur-mur je dah lah.

Lepas makan singgah solat Maghrib kat Masjid Al-Hasanah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Ammi sukalah masjid ni...ammi pun tak tau kenapa.  Bersih disegala sudut.  Ada masjid yang kadang-kadang, toiletnya agak tak "wangi"...tapi yang ni perfect.