Minggu sebelumnya macam terliur tengok kat Facebook orang share lauk ni. Nampak cantik je warna. Pandai orang yang masak tu ambil gambar. Bukan macam ammi. Ammi pun gigihlah buat entry semalam anak harini emak. Memang sungguh terasa nak makan...rasa macam tengah pregnant pulak ahaksss.
Sudahnya next day tu ajaklah abahnya ke pasar sambil sarapan. Lama dah tak makan soto Pak Chat yang famous tu kat pasar. Order juga lempeng kelapa kesukaan anak-anak. Nak harap maknya buat memang tak dapeklah.
Kita rebus dulu ikan kembung ni dengan asam keping & garam. Ammi letak je asam keping dalam 4 keping pastu letak garam kasar biar ada rasa masam masin sikit. Jangan bagi dia bertemu mulut kang bergosip je kat dalam tu. Settle rebus tugasan kopek dari tulang kita kasi je kat abah. Tak kuasa ammi nak hadap panas-panas tu.
Lepas dikopek oleh encik suami yang mithali lagi soleh lagi baik hati. Birthday dia dah dekat...apa hadiah nak kasi ni?
Air asam...sedap weiiiiii. First time buat.
Dah curah atas ikan...sekali ehhhhh tak cukup pulak. Mujur rasa dia ngam jadi sedap je. Gambar yang buat ammi terliur tu bukan main mengiurkan lagi. Ammi punya ni kalau letak kat FB takde sapa heran nak follow resipi. hahahhaha..
Gambar asal dari Facebook yang memanggil-manggil untuk dicuba.
Buatlah juga sotong tumis ikut suka. Beli sotong size sedang pastu ammi masak je sekor-sekor.
Ammi celur bendi dan makan raw veges je. Kata cubaan nak kurus...jadi takyah goreng bagai sayur tu.
Suku-suku tak separuh.
Tabah je makan nasi banyak tu...ammi tengah bermisi untuk capai berat 55kg ni. Semoga impian menjadi kenyataan.
12 Comments
Aduh, slimnya Ammi 55 kg. Kalau Sk, macam plywood kot, hihi. Terliurlah pulak tengok ikan rebus air asam tu. Gambar Ammi tu, kalau post kat MATJHN, mahu dapat 10K like tau.
ReplyDeletehahahah...SK. dapat like satu hal..dapat gelak pun ye juga
Deletemcm dap je..aku selalu wat ikan bakar ngan air asam tomato tu...laju je makan.
ReplyDeletecaiyok caiyok...aku pun start dah 2 bulan ni...makan nasi sesenduk je...2, 3 suap..eh abis dah....ha ha..bertabah je la
sedap...cuma kalau ada sinus tu mendapatlah tergaru2 hidung sbb ada belacan
DeleteSedapnya...PH kalau lauk gini, takdenya nak suku-suku 1/2...suka-suka tambah adalah :p
ReplyDeletelauk bahaya kan... tp ammi gigihlah juga tak tambah nasi tapi tambah lauk je
DeleteWah..misi kita sama la...misi nak capai berat 55kg...hehehe...kang berat macam ni roboh pelamin kang...hehehe...
ReplyDeletewah mmg nampak sedap mama sendiri tak penah buat ni
ReplyDeleterajinnya ammi siap asingkan tulang tu semua, tapi iya jugak mudah nak makannya. Sesuai sangat dengan ulaman tu kan
ReplyDeletehaha. terhibur baca petua jangan bagi ikan facing each other nanti lambat masak
ReplyDeleteSedap plak tengok Ammi buat ni.. Wah terliur la rasanya..
ReplyDeletepergh!! nampak best sangat ikan dan air asam tu.. Bertambah-tambah kalau Sha nie..
ReplyDelete