Ammi nampak orang share benda ni kat Facebook....terus teringat kejadian sebelum ada anak-anak. Ammi tak ingat exact year tapi kalau Kyra pun dah nak masuk 14 tahun, rasanya ini kejadian 15-16 tahun lepaslah kot. Baru 2-3 tahun kahwin gitu.
Biasanya ammi memang tidur awal sebab abah sejenis yang balik lewat. Zaman muda-muda dulu tuntutan kerja abah memang selagi tak pukul 2-3 pagi dia tak balik. Nak-nak kalau ada breakdown kat tempat kerja lagilah.
Dah duduk sorang-sorang kat rumah jadi TV tu memanglah jadi hak milik ammi sorang. Apa je drama yang ammi tak tengok? Drama Melayu faham-fahamlah dia punya pergolakan rumahtangga macam manakan. Agaknya cerita drama tu terbawa-bawa sampai ke tidur.
Around pukul 4 pagi camtu ammi terbangun. Ammi mimpi Abah kahwin lain sebenarnya. Dah terbangun, ammi duduk kat katil tu dok tengok partner kat sebelah tu syok je tidur berdengkur keluar bunyi motorboat dan adakala keluar bunyi kereta tengah drift pun ada gak.
Ammi jadi macam...eh betul ke suami ni kahwin lain? Kalau dia kahwin lain kenapa setiap hari dia ada je tidur kat sebelah walaupun balik lewat? Kalau kahwin lain isteri dia tak marah ke dia asyik tidur kat rumah ni je?
Sendiri tanya sendiri jawab...pastu tak puas hati pukul 4 pagi tu juga ammi kejut abah tanya
Ammi: Awak ada isteri lain ke? (nada cari gaduh sungguh time tu)
Abah: Apa?
Ammi: Ada isteri lain ke?
Abah: Bini sorang pun tak mampu nak bagi makan lagi, kenapalah saya nak cari bini lain?
Ammi: Betul ke?
Tau-tau partner sebelah tidur semula pastu otak ammi teruslah bekerja. Kemurungan seharian memikirkan mimpi yang cuma mainan tidur.
Alhamdulillah...setakat tahun ke-18 perkahwinan belum ada bunyilah abah nak cari mak 'extra' untuk anak-anak. Ahakssss.
7 Comments
Hahahahaha.. memang boleh kemurungan kalau mimpi suami ada makwe lain jer pun, apatah lagi kahwin lain, hahaha. Yang kelakar, otak pun lambat function.
ReplyDeleteHahahahaha...SA yang baca ni plak rasa nak kemurungan...dah kenapa Ammi oiii...nasib org sebelah sambung tido x kuasa nak melayan....hahahahaha....
ReplyDeleteMasalah besar ni Ammi haha... Sampai terbawa-bawa dlm mimpi ye :D
ReplyDeletehahaha mudah-mudahan jodoh ammi berpanjangan sehingga jannah bersama abah. Jangan fikir yang bukan-bukan. kadang percakapan tu satu doa. Tiba-tiba Allah gerakkan hati Abah berubah hah naya je. Di jauhkan lah. Doa yang baik-baik je insyaAllah mudahan-mudahan baik-baik belaka.
ReplyDeleteha ha ha..mula2 aku baca sedih..sbb bab dengkur tu..aku dah x dgr dah..ye la..dah de laki, pas tu lawak..dah kenapa ko kejut laki ko tanya ada bini lain tak? adoi la..ko ni..abis tu esoknya..tak ngamuk laki ko.. lawak la ko ni
ReplyDeleteAdoilah.. Sabar jelah.. Nasib baik mimpi..
ReplyDeleteApa pun Sha doakan semoga perkahwinan Ammi kekal berdua sampai ke Syurga.. Aamiin..
ReplyDelete