Sekolah Kyra juara KL untuk pertandingan bicara berirama Bahasa Melayu.  Bila wakil KL ke peringkat Kebangsaan, KL cuma dapat tempat ke 6 rasanya dan juaranya adalah pelajar-pelajar dari Sabah.  Tahniah anak-anak Sabah.  

Jadi disebabkan dorang ni juara KL, maka Dewan Bahasa dan Pustaka jemputlah dorang untuk buat persembahan sempena majlis Perasmian dan Penutupan Sayembara Puisi kat situ.  Kena present depan Menteri Pelajaran semualah.  Excited sungguh dia.  In exact persembahan dibuat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, KL.

Maka 21.9.2022, dorang pun geraklah ke DBP untuk buat persembahan.  Bangga beliau (inilah ayat yang Kyra suka sebut).  Ammi nak share gambar je...sebab dia kata "make sure you put it in your blog tau Ammi, kalau tak kakak taknak kawan dengan Ammi".  Hahaahahahah...takutnyaaaaa dia taknak kawan ngan Ammi.  


Full dress rehearsal kat sekolah.. Mujur dia ada tudung putih tu.


Dah macam pelarian Palestin dengan tudung gitu.


Ada sesapa nak sedekah duit kat budak terbiar ni?


Berlambak-lambak gambar dia dalam kamera cikgu.  Kawan dia yang capture.  

Kyra:  Kakak pun taktau kenapa kawan kakak suka ambik gamba kakak.  Kakak cantik agaknya.
Ammi:  Ishhhhh perasan betul.  Muka dah macam anak Pakistan jual carpet..cantik konon.








Yang ini yang paling tak boleh blah... dia dengan excitednya datang kat ammi masa dia pulang bermalam tu pastu tunjuk IG Menteri Pelajaran kat handphone.  Bangga sebab muka dia ada kat IG Dr. Radzi Jidin ni.  Layankan jelah ke"excited"annya itu.  

Ammi letaklah juga video yang ammi upload kat Youtube.  Sebab ammi confirm 3 tahun lagi dia akan tanya "do you still keep my video ammi?"... walaupun video agak pecah, tapi lantaklah.


Dan walaupun muka dia nampak dia awal-awal je... lantaklah juga.  Sapa suruh kamu jadi conductor.