Akhirnya tanggal 24.10.2022 gugurlah gigi dia yang pertama di usia 8 tahun 4 bulan.

Ammi sebenarnya agak risau juga sampai tahap ammi bawa Ozil gi jumpa dentist awal bulan 9 haritu.  Dia dah darjah 2 (dah 8 tahun dah pun) tapi gigi dia tak ada tanda-tanda nak jatuh.  Goyang sikit pun tak.  Nak kata tak makan benda manis, dialah kingnya kalau dalam rumah.  

Abang dan kakak dulu jenis kalau ada coklat atau apa-apa dalam peti ais, dorang akan tanya dulu "Ammi, boleh tak nak makan coklat, boleh tak nak ambil gula-gula, boleh tak nak makan keropok atas oven?".  Pernah keadaan berbulan-bulan coklat dalam peti ais sebab mula-mula ammi kata tak boleh, lepas tu dorang pun lupa mintak dan ammi pun lupa nak bagi.  Si kecik ni, hmmmmm tanya pun tidak tau-tau habis je.  Ammi suka beli jajan yang dalam bag besar ada mini packs... sekejap je kalau ada dia ni.

Masa ammi bawa dia jumpa dentist (doctor Punjabi) scan mulut dia.  Dentist tu kata, buat masa ni "mak jangan risau ye mak" sebab dah nampak ada kesan putih dalam gusi dia...molars dia pun dah tumbuh so theoretically gigi lain juga akan menyusul.  Tapi kalau by the time dia masuk 9 tahun gigi tak jatuh ok masa tu "mak dan saya boleh risau".


Cadangan doctor masa tu adalah, goyangkan je gigi tu dengan sendiri.  Tolak ke depan dan ke belakang, ketepi.  Kalau boleh bagi je dia makan buah atau apa-apa yang keras.  Hmmm itu takyah suruh, memang kalau makan epal dia sorang je tak suka makan epal yang dipotong.  Dia suka kokak sorang sebijik.  Bila dengar doctor cakap camtu lagilah sehari 2-3 kali makan buah.  Macam abah dia ada ladang epal kat belakang rumah.


Ehhhh abaikanlah taik mata tu ye.  Setiap hari dia ni bangun tidur je terus tanya "dah boleh patahkan ke gigi Alip?"... ni selepas 3 minggu goyang-goyangkan nampaklah giginya dah renggang.  Dah goyang tapi belum goyang inul lagi.  Manja-manja je baru.


Dia ni sorang je ada experience gigi dicabut dengan benang.  Sebab apa ke liat nau gigi dia nak tertanggal ntah.  Excited dia berlari cari benang.


Tada...masa gigi tercabut tu muka berubah jugaklah.  Tapi ku tahan Jebat.  Tak rocklah kalau nangis.


Ala ala ala...

Ammi risau bukan apa... yang pertama risau kalau gigi dia berlapis.  Kedua takkan dah darjah 4 atau 5 nanti baru nak gongak gigi.  Masa tu mesti hati dah pandai nak minat kat budak perempuan kelas sebelah.  Ehhhh ammi ni.  Sekarang dia heboh nak goyangkan gigi sebelah pulak sebab dia kata "Ammar dengan Ilman dah hilang banyak gigi".