Ammi nak sambung dengan kisah wallet abah yang hilang dari radar tu.  Bila dah mencari-cari dalam rumah wallet tu takde.  Tempat yang biasa letak tak ada, dalam bag telekung ammi takda, dalam handbag ammi takda.  Abah turun ke kereta cari....tak ada juga.

Ammi solat Asar cecepat, pastu ammi pulak bajet tak puas hati dengan hasil carian abah, ammi turun pulak cari kat segenap ruang kereta.  Hampa.

Next, cadangan ammi suruh abah call bank je untuk block cards sebab risau zaman sekarang ni semua boleh di"paywave"kan aje.  Tapi so far belum dapat apa-apa notification kat SMS tentang penggunaan card.  Dok berharap kalau sesapa yang jumpa wallet abah tu...kalau tengok takda cash dia letaklah kat mana-mana balai polis ke.

Tang nak buat kad pengenalan baru tu pun risau juga.  IC abah dah beberapa kali buat sebab hilanglah, rosaklah, jadi kalau buat semula selepas kali ke-3 denda dia akan jadi RM1000 plus processing fee RM10.  Huhuhuhu...dah le baru habis ribu-ribu beli barang bilik air.

Settle call banks untuk blocked semua card yang ada, abah kata jomlah keluar semula ke tempat-tempat yang kita pegi tadi.  Dalam kereta masing-masing diam dan ammi dengar kakak bisik kat adik-adik jom kita zikir "Hasbunallah Wa Nikmal Wakil ...".  Alhamdulillah, tak sia-sia kakak masuk sekolah agama.  Ada kala anak-anak buat assumptions.  Macam-macamlah andaian dan ammi boleh katakan assumption Khilfi paling tepat!

Kita ke area hospital Tawakkal sebab kitorang lunch kat situ.  First sekali tuju ke tempat parking sebab risau terjatuh kat situ lagipun sunyi gila kot kawasan tu di hari Ahad.  Tak ada.  Huhuhu...berdebar-debar dada.

Terus ke Restoran Asam Pedas selang 2 kedai dari tempat parking ngam-ngam azan Maghrib berkumandang.  Hampir tutup dah kedai tu...roller shutter pun dah tutup 3/4... beriya abah tonggeng panggil pekerja kat dalam.  Bila tanya, Alhamdulillah...... betul assumption Khilfi.  Wallet abah tergolek kat tempat abah hisap rokok.  Mujur juga masa tu pekerja tu duduk kat depan meja abah tu dan tengah makan kat situ.  Dia yang perasan masa bangun.

Dorang tak boleh call sebab cari name card tak jumpa, pastu takde card orang lain dalam tu (name card abah letak kat tempat lain) kalau tak boleh gak dorang call.  Dorang siap mintak maaf sebab terpaksa buka wallet abah.  Alahaiiiii so kind of them.


(Gambar dari Google)


(Gambar dari Google)

Alhamdulillah... hilang debaran.  Moh le kita solat dulu pastu fikir nak makan apa.  Nampaknya ammi la kena bayar makan malam sebab card abah semua dah kena block.  

Yang paling penting tak payah nak bayar denda kat JPN.  Ngeri weiiiiii...seribu tu boleh buat beli tiles lawa-lawa untuk bilik air bak hangggg.

Abah kata "agaknya Allah memang tak izinkan saya gi makan kambing bakar kat surau tinggalkan awak kot"... hahahha...tulah sayang isteri jangan ditinggalkan.