Lanjutan dari kisah wallet Abah hilang tu... lepas dah lega hati dan perasaan selepas jumpa wallet dan disebabkan plan asal yang patutnya abah ber"dinner" di surau pun terpaksa ditukar makanya kita dinner sekeluargalah.  Ammi ni tak plan nak makan sebenarnya sebab macam kenyang je lagi.  Kitorang lunch petang tu dekat pukul 3 juga.

Tapi kalau tak makan kang...lapar pulak.  So, kita ke Kampung Bharu jelah.  Kita makan kat Rosdet.  Selalunya memang full gila kedai ni tapi Alhamdulillah...haritu ada pulak 2-3 meja kosong.  


Masuk-masuk je si kecik nampak kerang bakar.  Terus dia nak.  Ammi pun taktau dia suka kerang...baru kini ku tahu.  Ammi jarang masak kerang sebab ammi hanya makan rendang kerang je.  Macam sambal kerang, kerang rebus ni semua nggak bisa masuk ke tekak.



Dua tapak dari pintu masuk ehhhhh nampak kesukaan kita yang ni elok tersusun.  Terus capai satu.  Siap check dalam handbag ada Gaviscon ke tidak..perut ammi ni cepat je sebu kalau makan pulut walaupun pulut ni faveret yang terpaling faveret.



Anak dara & si bujang kecik makan nasi bujang.  Kyra memanglah... gi mana pun dia nak nasi bujang.  Senang bela betul anak dara ni.  Takyah suami nanti sibuk nak beli brisket, tulang rusuk, tulang peha bagai...kasi dia telur dadar dengan sup kosong dia dah happy.


Khilfi and Abah taknak makan nasi katanya.  So abah order sup tulang, Khilfi order sup ayam kampung.  Sampai gitu dia hirup sebab susah nau nak sudukan sup bila pakai sudu makan biasa tu.  

Tak makan nasi kononnya si baju biru dihujung sana tu...tapi dia juga terpaksa habiskan nasi Alip.

Ammi makan somtam je (eh ada pulut mangga tadi).  Pastu sambil tunggu dorang settle makan ammi ni pun pandanglah menu-menu yang ada kat dinding sekali ternampak satu makanan berbungkus aluminium foil.  Perghhhh lama dah mencari selepas Anwar Seafood tu dah tak wujud lagi.  Rindu sangat.


Homok Seafood namanya dan RM30 juga harganya.  Kalau kat Anwar tu dulu dia letak nama as otak-otak seafood.  


Hampir 20 minit menunggu dan akhirnya sampai.  Bila rasa hmmmmm tak sesedap otak-otak seafood di Anwar Seafood tu yang pekat, pedas sampai leleh-leleh air hidung bila makan.  Yang ni tak pedas..cuma rasa curry sikit.  Tapi makan jelah..dah belikan.  Bila ammi google masa dalam kereta, betullah...homok tu maksudnya Thai Seafood Steam Egg Curry...patutlah rasa curry.

Siapa tau cara buat otak-otak seafood ni? Sila share ye.  Ammi ngan abah sambil makan sambil dok kaji juga camna dia buat sebab rasa macam nanti nak cuba buat ikut tekak kitorang.