Hari Sukan Negara cara kami

Sebenarnya hari Sabtu plan asalnya Ammi nak ajak Abah ke Warehouse Sale tempat jualan barang-barang bilik mandi & accessories.  Tapi plan terpaksa ditunda ke Ahad selepas Majlis Maulid sebab Kyra tak free pulak Sabtu tu.

Kyra yang sepatutnya pulang bermalam hari Jumaat terpaksa pulang hari Sabtu sebab pagi Sabtu dia wakil sekolah untuk Hari Sukan Negara di Putrajaya.  Dia sorang je dari tingkatan 2 yang pergi.  Ehhhhh apo yang aktif bona ekau ni nak?  Dah gi situ around pukul 3 petang juga baru dia sampai rumah.  Risau kalau dah pergi Warehouse sale, ammi lupa diri, terlajak sampai petang...apa kes pulak anak yang kat asrama tu kan.

Jadi, pagi Sabtu kita bersenam sempena "menyemarakkan" kempen Hari Sukan Negara.



Abah & Khalif and geng-geng Abah gi main badminton kat Kompleks Sukan sebelah rumah.  Segan pulak ammi nak join.


Jadi ammi dan Khilfi briskwalk je keliling apartment.  Alhamdulillah dapatlah buat 3.2km pagi tu.

Baju yang ammi pakai tu sebenarnya baju boss ammi.  Dia beli baju kat Lazada.  Size yang dia order 5XL katanya.  Sekali bila dia buka...apa hal?  Orang negara mana yang size 5xl cuma besar ni je badan dia?  Sudahnya dia bagi je kat ammi. Rezeki jangan ditolak


Lepas berpeluh tiak, pergilah ke Kompleks Sukan tu nak ajak Khalif sarapan.  Huhhhh eskyen yang sorang tu...takmau dia.  Dia taknak dah jom kita je sarapan ye abang.  

Ammi ni sebenarnya buat IF dan cuma nak teman Khilfi makan je...tapi sekali geram pulak tengok tosei telur dia.  Tambah lagi satu toseilah anne.  So, puasa 16 jam yang sepatutnya cuma jadi 12 jam je.  Kira halallah ye.

Post a Comment

8 Comments

  1. lps bersukan, kena makan hehe...dr 16jam IF tu jd 12jam okla hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha...iyalah kira halallah yang lagi 4 jam tu. Itu adalah baju dari negara cina sebab Mr. A pun pernah beli size 5xl bila dapat tak muat jadinya rezeki Mrs. A samalah kita rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  3. Pejam mata jelah yang 4 jam tu heheheh kalau tak terbayang-bayang pula tosei telur nanti

    ReplyDelete
  4. Keliling apartment pun dapat juga 3k++
    Ni hat dok atas apartment cuti 3 hari...3 tak pijak bumi ..🤣

    ReplyDelete
  5. Tosei telur .. Macam sedap je :p
    Aktif sungguh Kyra ni ye 👍

    ReplyDelete
  6. Mesti lapar lepas bersukan, kan.

    ReplyDelete
  7. Boleh tak perasan Hari Sukan Negara tu.. Ish.. ISh..

    ReplyDelete
  8. Brisk walk keluar peluh jugak tu. Kira halal lah tu 12 jam je IF. Hihi...

    ReplyDelete