Ini cerita dua minggu sudah. Tak tahu nak pergi mana over the weekend memandangkan Kyra dapat pulang bermalam, jadi kami pun pergilah berkunjung ke Muzium Negara. Sampai kat sana hujan panas wei... dahlah parking jauh. Tapi takpelah berdoa dan redah jelah.
Ada banyak kaunter untuk masuk. Lain-lain kaunter untuk galeri yang berbeza. Dah sudah...tulah sebelum pergi tak check dulu...main redah je. Ammi dan redah tu kan dah biasa. So, kami masuk ke Main Gallery.
Yang baju belang tu...dari belakang dah macam rambut Ramli Sarip. Dari depan...menyirap je tengok. Walaupun menyirap tapi I sayang kat U. Ehhhh tetiba I U....goli tiak den.
Kat bawah ni caj yang dikenakan. Murah je uolllsss...
WARGANEGARA MALAYSIA | |
---|---|
Dewasa | RM 2.00 |
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 1.00 |
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam | RM 2.00 |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
Dah masuk dalam Muzium tentulah kita kena membaca, melihat bukan jalan macam buat window shopping. Anak-anak ammi bosan rasanya. Ammi ke yang terlebih excited nak pergi muzium sebenarnya sebab ammi dari dulu suka masuk tempat-tempat macam ni. Suka tengok pameran. Baca walaupun dari 100 benda yang kita hanya 5 yang masuk dan register kat otak...tapi sekurang-kurangnya tahu sebab kita membaca dan adalah yang kita ingat.
So, sebab anak ni laju je...ammi pun cakap. "Lepas ni dalam kereta ammi nak buat quiz. Sapa paling banyak jawab ammi ada hadiah. Sapa yang tak dapat jawab langsung tak payah lunch. Duduk je dalam kereta diam-diam". Haaaa dorang gigih patah balik, baca dan tengok semua yang dipamerkan. Not bad juga idea spontan ammi ni. Abah dorang ntah kemana. Lagi awal dia hilang dari radar. Kalau ammi buat quiz kat Abah memang confirm abah yang tak dapat lunch ni. Ahaksss
Tudung yang Kyra pakai ni sebenarnya hadiah variety box dari SR. Dia ni biasalah...semua barang ammi dia nak pakai. Tapi pakailah nak...ammi tak ghoti nak pakai tudung licin-licin camni. Nak pakai bawal pun 18x ejas.
Beza mereka cuma setahun 6 bulan...tapi tinggi mereka sangat jauh bezanya. Harap-harap after he hits his puberty...jadi tinggilah budak baju pink ni. Risau ammi kalau dia mewarisi "ketinggian" ammi.
Ozil: Ammi, nak ambik gambar dengan Mat Hang Tuah.
Ammi: Mana datangnya Mat? Nama dia Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah.
Penangan Mat Kilau sungguh. Semenjak Mat Kilau ditayangkan kat Netflix ntah berapa kali dorang tengok sampai naik hafal skrip.
Captured by Ozil... mana pergi kepala Laksamana ni?
Hmmmm
Jom kita mesyuarat
Dah nak keluar dari tingkat 1 ke tingkat 2...
Next dorang nak pergi lagi tapi nak ke pameran Dunia Naga yang kat bawah ni pulak.
Sampai 30 Oktober je jadi kenalah pergi time Kyra pulang bermalam. Harap-harap sempatlah nak pergi sebelum pameran tamat.
Pemenang quiz tu adalah Kyra sebab 3 soalan pertama dia dapat jawab cepat. Maka dialah pilih tempat untuk lunch.
12 Comments
Aktiviti menarik ni Ammi. Biar terdedah sikit dengan sejarah. Budak budak bosan kot kalau display je. Kena ada yang interaktif sikit baru menarik. Tapi muzium begitulah kan, bukan petro sains. hehe..bernas sungguh idea Ammi tu. barulah dorang gali ilmu sikit.
ReplyDeleteArca Hang tuah tu lejen tu!
ReplyDeleteWah.. makin best Muzium.. Nak kena datang lagi ini..
ReplyDeleteMenarik cadangan kuiz tu. Boleh buat dengan anak-anak sedara. Lepas ni boleh gi Planetarium pulak kak. Naik MRT, confirm diorang suka
ReplyDeleteWah bestnya bawa family ke muzium negara...kak lina pun dah tak ingat bila last ke sana
ReplyDeleteSaya pun sempat pi masa bawa Aqil...suka dia dapat tengok Hang TuahðŸ¤
ReplyDeleteBetul la...yg baju jalur tu rambut macam Ramli Sarip
Ahahah..mat hang tuah pun bolehla nak :D
ReplyDeleteTahun bila last pergi muzium Negara pun dah tak ingat.
ReplyDeletedh berkurun i tak pegi muzium hehehe last few months ada lah my boys pegi muzium tentera kat PD tu
ReplyDeletelast pegi masa bebudak kecik...time tu dok KL,senang la kan...
ReplyDeleteBagus Ammi bawak diorang pi Muzium at least diorang boleh baca sejarah2 kan ..idea ammi pun bagus...so diorang xde la rasa bosan pi sini
ReplyDeletebagus ke muzium ni byk boleh belajar especially ttg sejarah
ReplyDelete