Hari Ahad (9.10.2022) ada perarakan Maulud Nabi di kejiranan Ammi.  Abah kata Ammi buatlah lunch untuk Ammi & Kyra je sebab yang lelaki ni semua ada perarakan dan akan ada lunch di surau.  

Ammi kat rumah pun pagi-pagi lepas dorang dah pergi ammi pun keluarkanlah ayam.  Nak buat simple chicken stew kononnya.  Pastu Ammi pun hebohlah mengayuh basikal sambil tengok cerita Korea.  Dalam pukul 11 pagi Ammi baru je nak masuk dapur masak sekali ehhhh dengar suara anak-anak menyanyi riang diluar rumah.  Dengan abah sekali ada.  Makan-makan lunch ditunda jadi dinner katanya.  So, simpan jelah ayam yang dah lembut tu semula ke freezer.  Moh le kita bersiap-siap keluar ke warehouse sale.

Ammi ni sebenarnya plan nak pindah balik ke Seremban selepas habis sessi sekolah 2022 ni.  Dulu masa ammi beli rumah kat Seremban ni ammi tujuan utamanya adalah untuk arwah mama duduk.  Lagipun memang arwah mama menyewa sebelum ni (bahagian orang lain-lainkan...ada yang ditinggalkan suami dengan harta pusaka, ada yang ditinggalkan dengan kenangan yang indah).  Bila kita mampu sikit apa salahnya bagi mama duduk percuma.  Abah pun tak kesah.  

Lepas arwah mama meninggal, rumah ni cuma adik ammi je yang duduk dan ammi masihlah lagi continue service loan kat bank.  Jadi bila fikir-fikir...hmmmm kita balik jelah duduk Seremban.  Ammi akan buat macam kak Suria Amanda buat.  Berulang-alik Seremban-Kuala Lumpur setiap hari.  Disebabkan itu, ammi buatlah minor renovation secara berperingkat.  Ammi mula dengan cantikkan toilet dulu.  Rumah ni ammi beli sub-sale jadi apa je yang owner lama tinggalkan itulah yang kami guna dulu sebab ada kekangan kewangan.

Ammi dah dapatkan quotation untuk toilet dan contractor tu kata dia okay je kalau ammi beli sendiri barang-barang.


Bilik air main ammi kecik je... jadi basin ni pun kenalah cari yang comel jugak.


Nampak sama macam kat atas tapi berbeza materialnya... dan hitam sentiasa cantik dimata ammi.


Eh...ini pun lawa jugak.


Ini pun lawa juga.


Macam-macam pakej combo yang ada.  


Pakej combo yang ni lagi berbaloi.  Ramai wooo yang berkerumun kat sini.  Tapi ammi tak berkenan sebab cabinet dia tak berpintu.  Lagi pun ammi tengok toilet bowl dia macam kecik cenonet je.  Ke mata ammi yang kero ntahlah.



Ammi beli toilet bowl juga untuk 2-2 bilik air... beli accessories bilik air yang lain-lain macam shower, water tap, dan segala mak nenek yang semuanya mengikut bajet dan kekempisan poket.  Nak pilih brand tersohor untuk bilik air macam Johnson Suisse tu semua macam ahaksss...suami mak belum jadi Datuk Seri Paduka lagi.  Guna jelah apa-apa yang dia mampu.

Mata ammi terpaku tengok toilet bowl warna hitam...cantik, tapi harganya perghhhhh RM3K ++.  Okkkk takyah.  Nak yak-yak je pun.  Bukan nak duduk sambil tumbuk bawang, potong sayur bagai.  Ayat nak sedapkan hati.


Abah kata "kalau beli yang hitam nanti tengah o-oit nyamuk dok hurung kaki awak".. ahahhaha...elehhhhhh takutlah tu nak bayar banyak riban kan.

Ok settle habis berbelanja kat sini dan mujur juga barang-barang yang dah order dan bayar tu dia boleh simpankan barang sampai 3 bulan.  At least boleh bawak semua ke Seremban sekali harung lepas jumpa tiles yang sesuai.  Next, kita ke kedai sebelah pulak cari tiles.  Masuk sini dia pun ada jual barang-barang toilet jugak.  Arghhh sudah.. takut je kalau harga dia lebih murah dari yang kitorang dah beli.  Nasib baik, jenis yang sama kat sana jauh lebih murah.  Kalau tak nangis ammi kat tepi kedai.


Ammi plan nak yang jenis porcelain tiles untuk dinding bilik air sebab saya semakin berumur ye.  Saya tak kuasa nak sental toilet berlebih-lebihan nanti.



Rambang mata ammi.  Dalam otak belum ada warna yang ammi betul-betul lock.  Tapi ammi prefer dinding putih or light grey.  


Untuk lantai ammi berkenan sungguh dengan yang ini.  Abah pun berkenan juga.  Tapi belum finalize lagi.


Arghhhhh saya pening kepala saya nak decide.

Misi mencari tiles disambung ke minggu depan sebab tiles tak boleh simpan lelama kat kedai.  Nak bawak tiles pakai kereta ammi roboh jugak tayar dia nanti.  Kena cari transport yang sesuai dan baru kita gi collect sekali harung barang toilet & tiles ni nanti.  Sementara itu, ammi teruslah mencari kedai yang offer harga menarik.

Semoga toilet impian ammi jadi kenyataan.


(Credit to Pinterest)

Dah sudah mencari bahan di Seri Kembangan kami ke Jalan Ipoh pulak.  Tapi sebelum tu kita lunch di area-area Hospital Tawakkal dan solat kat masjid area situ.  Masjid ni betul-betul kat Kuil Siam tapi ammi pun tak pasti apa nama tempat ni.  Macam tersorok sikit dan tak ramai pun orang kat masjid tu.

Settle semua ke Jalan Ipoh kami nak cari kedai tiles sebab ikut recommendation kawan-kawan abah kat situ murah.  Tapi hampa sebab tutup pulak di hari Ahad.  Ada satu je kedai yang buka dan harga dia lebih kurang je dengan kedai yang pergi tadi.  

Pulanglah kami ke rumah waktu hampir-hampir nak Asar selepas cari minum petang bagai.  Abah kata, malam ni Ammi ngan Kyra order je lah dari Grab sebab abah dan anak-anak lelaki nak ke surau.  Ada makan-makan.  Ammi onzzzz je.  Lepas minum petang, anak bujang nak makan aiskrim dan abah pun yes dengan bangga raba seluar nak keluarkan wallet.  Sekali wallet takde.  Menggelupur ke tidak?  Haruslah.  Jadi sambungannya kita sambung nanti aje lah.