Hari Ahad (9.10.2022) ada perarakan Maulud Nabi di kejiranan Ammi. Abah kata Ammi buatlah lunch untuk Ammi & Kyra je sebab yang lelaki ni semua ada perarakan dan akan ada lunch di surau.
Ammi kat rumah pun pagi-pagi lepas dorang dah pergi ammi pun keluarkanlah ayam. Nak buat simple chicken stew kononnya. Pastu Ammi pun hebohlah mengayuh basikal sambil tengok cerita Korea. Dalam pukul 11 pagi Ammi baru je nak masuk dapur masak sekali ehhhh dengar suara anak-anak menyanyi riang diluar rumah. Dengan abah sekali ada. Makan-makan lunch ditunda jadi dinner katanya. So, simpan jelah ayam yang dah lembut tu semula ke freezer. Moh le kita bersiap-siap keluar ke warehouse sale.
Ammi ni sebenarnya plan nak pindah balik ke Seremban selepas habis sessi sekolah 2022 ni. Dulu masa ammi beli rumah kat Seremban ni ammi tujuan utamanya adalah untuk arwah mama duduk. Lagipun memang arwah mama menyewa sebelum ni (bahagian orang lain-lainkan...ada yang ditinggalkan suami dengan harta pusaka, ada yang ditinggalkan dengan kenangan yang indah). Bila kita mampu sikit apa salahnya bagi mama duduk percuma. Abah pun tak kesah.
Lepas arwah mama meninggal, rumah ni cuma adik ammi je yang duduk dan ammi masihlah lagi continue service loan kat bank. Jadi bila fikir-fikir...hmmmm kita balik jelah duduk Seremban. Ammi akan buat macam kak Suria Amanda buat. Berulang-alik Seremban-Kuala Lumpur setiap hari. Disebabkan itu, ammi buatlah minor renovation secara berperingkat. Ammi mula dengan cantikkan toilet dulu. Rumah ni ammi beli sub-sale jadi apa je yang owner lama tinggalkan itulah yang kami guna dulu sebab ada kekangan kewangan.
Ammi dah dapatkan quotation untuk toilet dan contractor tu kata dia okay je kalau ammi beli sendiri barang-barang.
13 Comments
Dah boleh bayang cantiknya bilik airnya nanti. Kita berangan bilik air cantik dalam game The Sims aje, hahaha.
ReplyDeleteWow .
ReplyDeleteNanti makin lama la dalam bilik termenung ..sebab cantik...
memang cantikla ammi yg warna hitam tu kan, tapi itulah regenya lak mahal. Nanti ammi akan ulang alik la duduk sana ye, rumah sini tu nanti ammi jual ke? Jangan lupa sambung cepat-cepat pasal kisah wallet tu ye
ReplyDeleteiyer..hari tu rumah ibu renovate toilet pun, mahalnya la hai....
ReplyDeleteAlamak, wallet tertinggal kat kedai ke? Memang rambang mata lah memilih. Toilet bowl hitam tu cantiknya, secantik harga. Pilih dengan bijak ye, nak pakai lama ni. huhu
ReplyDeleteSeremban kat mana tu? cik nur rajin jg ke sana. Umah anak buah
ReplyDeletealamakkk mana wallet? jeng jeng jeng suspennnnn T____T
ReplyDeletecantiknya bakal kejadian toilet tu nanti kompom taknak keluar hehe
Juling mata pilih.
ReplyDeleteAllah rasa berdebar hati saya baca ayat-ayat terakhir itu.
sama taste kita ammi..hitam sentiasa menarik plus kalau kotor, tak baper nampak sangat..hehe..
ReplyDeletexsabar nk tgk hasil!
ReplyDeletebestnya deco2 hehehe
ReplyDeleteWah.. Sha pun berkenan tengok toilet hitam tu.. Rasa macam.. WoW...
ReplyDeleteWahhh...nanti jadi orang Somban. Seronok ni bab bab nak renovate. Yang tak seronoknya nak kena keluar duit banyak. huhu...
ReplyDelete