Hari Jumaat lepas, kami agak busy di office.  Ada client datang sign document jadi sebelum dia datang confirmlah ada benda ammi kena compile bagaikan.  Memang super duper busylah.  Dengan translationnya, dengan issue Microsoft OneDrive kat office ni yang tak syncing up.  Dah elok-elok kitorang amend kat PC boss, tiba-tiba bila ammi buka kat PC ammi ehhhhh dia kekal macam belum amend.  Sakit jiwa.  Rupa-rupanya PC boss auto update ke Microsoft 11 dan PC ammi maintain Microsoft berapa ntah.  Jadi bila digoogle memang ada issue yang akan timbul.  Bila nak upgrade PC ammi, ehhhhhh PC ammi tak support Microsoft 11 pulak.  Ahaksss. 

Masalah semua Alhamdulillah settle sebelum lunch hour.  Sekejap tu adalah sorang lawyer "S" dari office lama kami datang.  Dia nak start up firm dia sendiri next week kat building yang sama.  Kuat betul pengaruh boss ammi kat kawan-kawan dia.  Sebelum ni ada 2 orang lain yang dia jual ayat manis dan dorang terpengaruh.  Untuk lawyer S ni ammi banyak gaklah tolong dia untuk set up firm dia.  Bantu dia ikut apa yang ammi tahu dan boleh bantu.

Lepas si S ni gi solat Jumaat ammi tengok dorang ni dok bincang-bincang dalam bilik, pastu dok call-call outlet Machine.  Tanya ada stok ke tidak, ada warna ni ke tidak.  Dan selang 20 minit dorang keluar "we'll be back" kata boss.  

Selang setengah jam, dorang balik...ammi pulak gi solat sebab masa dorang keluar tu ammi baru je nak solat ada pulak orang ting tong, baru nak gerak orang ting tong lagi.  Dah kenapa busy nau hari Jumaat tu ntahlah.  Sudahnya memang ammi tunggu jelah boss balik  baru nak solat.  Tenang sikit hati.

Ammi keluar je dari bilik solat boss terus panggil "can you pls come to my room our favourite lady"...wahhhh manis sungguh ayat.  Dengan bag telekung, dengan lipstik sebatang (ammi pegang kat tangan) ammi masuk bilik dia.  Dia hulur ammi sekotak putih dan dia cakap "this is from us".  


Korang rasa ammi buat apa?  Confrimlah ammi gigil terus tak leh berdiri dan nangis.  Hahahhah ratu air mata memang gini.  Sikit-sikit nak nangis.  Tapi sempat tanya "why...untuk apa ni".  Boss kata ini hadiah untuk effort ammi, untuk kerja-kerja yang tak sepatutnya ammi buat tapi ammi buat.  Katanya "drafting SOC, drafting proposal, drafting affidavits, preparing cross are not your job Shila, but you did itI can bet there's no secretary out there who can draft affidavit like you do, Shila.  And I appreciate what you have done".  Huhuhu nangis lagi.  Orang puji-puji camni pun nangis.  Hadoiiiii.

Dia baru je bagi ammi jam lama dia bulan 5 haritu.  Ni selang 5 bulan dapat jam yang baru pulak.  Ada lagilah ayat-ayat dia... let me keep it to myself.  Tulis kat sini kang nangis lagi pulak.




Katanya jam lama tu dia rasa tak compatible dah.  Sebab haritu ammi ni tergatal mulutlah suruh dia tengok jam ammi ni.  Jam tu macam bila ammi cycling dalam rumah for 20 minutes, tapi dia kira hanya untuk 12 minit.  Lagi 8 minit tu dia sedekah kat mana ntah?  Kalau ammi jogging atau briskwalk pun sama.  Jadi ammi jarang-jarang dapat close semua rings ammi (untuk yang nak tau ada 3 rings untuk fitness - Movement Rings, Exercise Rings and Stand Rings).  Dia suspect processor jam tu dah tak bekerja dengan baik.  

Dia sebelum ni ada je offer jam lama dia yang versi 6 ke 7 ntah.  Tapi ammi tolak sebab jam tu besar dan wrist ammi ni cenonet je.  Caya tak diameter wrist ammi cuma 4.7cm je?  Boleh dikatakan tak balance betul pergelangan tangan dengan lengan ammi.  

Terima kasih banyak-banyak pada boss & S yang sudi hadiahkan ammi jam baru.  Tapi katanya, u ingat u je dapat jam?  I pun gatal pungkok beli jam baru jugak.  Hmmmmmm..

Apa jadi kat lipstick yang ammi pegang kat tangan?  Ammi tertinggal dalam bilik dia.  Dan tau tak korang itulah satu-satunya lipstik yang ammi ada.  Itulah yang ammi bawak ke hulu ke hilir.  Bukan kedekut tapi ammi tak reti pakai banyak-banyak lipstik.  Jadi masa nak gi kenduri kat Seri Menanti hari Sabtu tu, gigih ammi gi pinjam lipstik kat rumah Along ammi.  Kebetulan mmg balik Seremban kan.  

Semoga ammi dapatkan kekalkan prestasi kerja ammi.  Masa drafting memang agak stress sebab masa tu banyak document nak kena bukak, nak baca chronology tapi bila dah siap draft ada kepuasan kat situ.  

Alhamdulillah, syukur Allah kurniakan ammi majikan yang bertimbangrasa, yang tidak berkira, yang mudah bekerjasama