Berat asal ammi sewaktu ammi mulakan cabaran diri sendiri ni ialah 62.4kg (7.9.2022). Walaupun ammi buat IF tapi ammi rasa berat ammi static. Masa awal-awal buat IF back in 2019 dia turun agak banyak juga, pastu lepas raya naik. Masa PKP 1.0 langsung kelaut IF sebab masa tu berPKP kat rumah arwah Mama terus berat naik balik dari 59kg ke 64kg kalau tak silap. Perghhhh. Nangis.
Awak tu dahlah rendang Sheila...pastu berat. Dah macam tong berjalan rasanya.
So, baru ni datanglah balik kesedaran. Still buat IF dan masa waktu boleh makan tu no more grab food, nandoslah, kenny la, subwaylah... ammi minum shake je. Dah alang-alang kat office memang ada blender sebab boss ammi dah bertahun minum shake during lunch, so boss kata takpe..bahan untuk shake macam pisang, rolled oats, muesli, susu (ammi tak guna susu pun), semua office tanggung. Ammi tinggal beli ammi punya protein shake je. Nikmat mana lagi kau nak dustakan Sheila?
Kira sekarang ni ammi cuma makan One Meal A Day which is before 7.30pm. Tapi kadang-kadang makan je ikut suka. Especially during weekend. Macam tak mampu je nak berIF masa weekend. Nak bershake dia waktu lunch.
14 Comments
All the best kak.. berat sy pun naik juga lepas kahwin hahaha dr 55kg to 65kg.. skrg nie dah kurg makan tp masalahnya susah nak cut sugar dari minuman sbb sy suka minum kopi, nescafe, minum2 manis huhu...
ReplyDeleteBilalah kesedaran tu nak sampai kat PH :(
ReplyDeleteAll the best Ammi 💪
Alhamdulillah..Tahniah! Kejayaan besar jugak tu kurang sebulan turun 2.6 kg. Moga terus kuat semangat tolak manis2. Ehh…untuk diri saya jugak..hahah
ReplyDeleteIn sya Allah boleh. Yakin.
ReplyDeleteSaya pun dah masuk obese ni, sedih betul entah bila lemak ni nak berambus hihiih
ReplyDeleteKalau saya malah ingin nambah berat badannya kak
ReplyDeleteChayook!! CHayook Ammi.. You can do it..
ReplyDeleteAll the best kak
ReplyDeletecayok kak, boleh punya tu...
ReplyDeleteAlangkah baiknya kalau kita boleh kurus dengan baca entri orang yang berdiet sahaja heheheh. You can do it, sis! Saya bawa pompom dan sepanduk ni tolong sorak bagi semangat!
ReplyDeletesama la..aku la ni pun dok cut sana sini, kurangkan mana2 yg perlu kurang. ada la jugak turun sikit...but many more to go..caiyok caiyok!!!
ReplyDeleteWah, ringannya. Kita boleh dukung awk ni, Ammi.
ReplyDeleteFuhh..dapat turun macam tu dah satu kebanggaan dah Ammi. Risau juga badan dah gems ni, bila nak insaf ni. Adudududu....
ReplyDeletecaiyok Ammi...
ReplyDeleteSaya cuba cut sugar dua bulan..turun 5kg..
Pastu start makan manis...mmmm..
2 bulan ....back to normal...give up