Sabtu lepas (22.10.2022) kami sekeluarga ke Seri Menanti, Kuala Pilah.  Sepupu abah buah majlis nikah dan persandingan anak perempuannya kat situ.  Mereka bukan orang Pilah tapi nak suasana kampung kot... tu yang dorang pilih untuk buat majlis dia Seri Menanti Resort.

Sampai pun agak lewat dalam 2 lebih gitu.  Hujung-hujung minggu jalan menghala Bukit Putus tu memanglah hauk dengan jam.  Kitorang pun keluar rumah lewat sebab pagi tu ke UTC dulu nak renew license tapi hampa printer JPJ kat UTC rosak.  Masa kat KL tak boleh renew kat post office pulak.  Settle situ Ammi dan Abah ke kedai tiles (tiles lagi tak sudah-sudah perempuan ni).  Alhamdulillah jumpa tiles yang murah, cantik dan yang penting free delivery.  Okkkkk set kita lock kedai ni.

Masa abah dan ammi keluar, ammi parking anak-anak kat rumah Along Ammi.  Kebetulan Along cuti dan Khilfi ada kerja sekolah seni.  Rumah along tu pun dah macam rumah budak sekolah jugak sebab Along suka buat doodles, jadi segala mak nenek pen dia ada.  Duduk je rumah "Mama" tu...pilih je pen apa nak pakai.

Settle jumpa-jumpa sedara kat majlis tu, makan-makan, solat moh le kita gi ke sebelah resort ni.  Kita ke istana lama Seri Menanti.  Eh ye kot...ntahlah.


Yang tudung biru tu sepupu abah...yang kanan adik ipar ammi.
Sepupu abah ni paling hauk sekali...kalau ada dia memang tak kering gusi.  Dialah tukang gelek, dialah tukang buat lawak, dialah tukang cari orang untuk bergambar.  

Tahniah Kak Comel....baru je dia dapat cucu pertama semalam.


Bersama dengan sepupu Abah juga.  Dengan mak bapak pengantin lupa pulak nak bergambar.


Tak perasan ammi si kecik ni sibuk dok goyangkan gigi dia masa ni.  Ishhhh main suka-suka je pegang mulut.



Wowww...perut suamiku dah susut sambil tu ammi belanja "eyebag" ammi yang ntahlah.  Lantak le kamu disitu.  


Sejarah Nama Seri Menanti


Menurut sejarah yang ada tertulis dalam Istana ni, Seri Menanti dibuka oleh Datuk Panglima Karu yang juga dikenali sebagai Panglima Hitam dari Pagar Ruyung.  Nama asal yang diberi oleh Datuk Panglima Karu adalah "Merbau Anjing Beranak Padi Sedia Menanti".  

Ini kerana dikisahkan pada masa mereka membuka kerja menebas, menebang, membersih kawasan dilakukan dan mereka berjumpa dengan sebatang pokok merbau yang dibawahnya ada serumpun padi yang baru tumbuh dan saiz pokok merbau ni sangat besar yang mana hujungnya sehingga ke Sungai Ujong dan pangkal pokok boleh diduduki oleh 32 orang.  Mereka mengambil masa selama 6 bulan untuk menebang sampaikan anjing yang mereka bawa dari Pagar Ruyung pun beranak.  Itulah tercetus idea untuk menamakan tempat ini sebegitu.  

Namun kemudiannya menurut catatan namanya ditukar kepada Seri Menanti. 

Ada juga yang mengatakan asal usul Seri Menanti bermula dari peristiwa seorang isteri yang bernama Seri yang menanti kepulang suaminya.  Kerana terlalu lama menanti, orang-orang kampung menamakan kampung ini sebagai Seri Menanti.  Wallahuahlam.



Ni je yang ada...mana pergi gambar rumah Tukang Kahar yang ammi ambil pun ntahlah.  





Curam sungguh tangga ni...ammi naik masa nak turun tu gigil lutut.  Orang dalam istana ni dulu mesti lutut padu agaknya kan.

Dah settle melawat Istana Lama Seri Menanti, baru nak masuk je kereta dengar laungan azan Asar...moh le solat dulu.  Ntah apa aral kita nak tempuh balik Seremban nanti.  Kami ke Masjid DiRaja Tuanku Munawir lebih kurang 5 minit dari Istana Lama ni.


Gambar sumber dari Zulhanis Anua

Tapi masa tu memang ginilah keadaan langitnya lebih kurang..dah berguruh bagai.

Settle semua barulah tenang hati nak drive santai-santai pandang kiri kanan.  Si bongsu walaupun hari tengah hujan dia kata kalau nampak cendol dia nak.  Tak reti sejuk ke apa budak ni?


Sampai ke Terachi baru jumpa kedai ni... ok.  Jomlah.  Hujan pun hujanlah.


Ammi nampak lepat.  Ammi pun ambillah lepat pisang, lebat ubi dan kuih koci pulut hitam.  Kuih koci dia tak umphhhh di tekak ammi.


Kesukaan ammi & Kyra, cendol pulut.  
Khilfi dengan cendol durian dia.
Alip dengan cendol jagung dia (dia kan memang hantu jagung)
Abah tetiba order cendol aiskrim.  Terkelip-kelip mata ammi masa tengok abah order tu.  Apa??? Lakiku makan aiskrim? Seperti ga percaya.

Sampai je cendol aiskrim tu abah makan sesuap menggelintin terus sebab manis leting.  Terus buat muka simpati mintak tukar dengan Alip sambil dia jual "ayat".  Alip pun serba salah nak pilih aiskrim atau jagung.